in

Pengusaha Bas Mohon Kerajaan Benarkan Untuk Naikkan Kadar Tambang Bas

Feat 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Seperti rakyat lain, pengusaha bas dan kakitangan syarikat bas juga antara golongan terkesan akibat PKP apabila operasi perniagaan tidak dapat diteruskan seperti biasa.”


Itu merupakan luahan pengusahan bas Pancaran Matahari, Mohammaed Uzir Salleh yang terkesan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

 

Mohon kerajaan pertimbangkan kenaikan kadar tambang bas

Justeru itu, kerajaan diminta untuk mempertimbangkan kebenaran untuk menaikkan tambang tambahan atau surcaj bagi membantu pengusaha bas yang terjejas, lapor Sinar Harian.

Terminal Bersepadu Selatan 106 Small

Uzir berkata buat masa ini pihaknya tidak mengenakan sebarang bayaran tambahan dan mengekalkan harga sama namun dia merasa terkesan sepanjang PKP kerana operasi bas tidak dapat dilakukan seperti biasa.

Ketika ini, hanya dua daripada 50 bas kami beroperasi semula manakala 80 pemandu bas terpaksa bergilir-gilir membawa bas ke destinasi ditetapkan berbanding sebelum ini.”

“Sebelum ini, bas bergerak lebih kurang 20 kali setiap hari tetapi sekarang pengangkutan awam berkenaan hanya beroperasi waktu pagi dan petang, itu pun hanya satu laluan,”

Katanya laluan basnya juga kini hanyalah satu laluan sahaja iaitu Terminal Bas Bersepadu (TBS), Jalan Duta, Lembah Klang berbanding banyak destinasi lain sebelum ini.

Dscn16221

Malah katanya pengusaha bas juga hanya dibenarkan membawa 20 penumpang satu-satu masa mengikut garis panduan yang ditetapkan.

“Jika pada musim perayaan, kerajaan membenarkan kenaikan sedikit tambang, maka kami berharap perkara berkenaan dapat dipertimbangkan dengan mengambil kira kerugian ditanggung pengusaha bas,”

 

Korang rasa macam mana?

Baca : [TERKINI] Ziarah Hari Raya Hanya Boleh Dilakukan Pada RAYA PERTAMA Sahaja & Terhad Kepada Ahli Keluarga  Ismail Sabri

Baca 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.