in

Pengsan Ketika Berjalan Ke Kantin, Pelajar Tingkatan 2 Di Melaka Meninggal Dunia

pelajar tingkatan 2 meninggal dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang remaja 14 tahun meninggal dunia selepas pengsan ketika sedang berjalan ke kantin sekolah di sebuah sekolah menengah di Melaka semalam.

Memetik laporan Harian Metro, pelajar Tingkatan 2 itu pengsan di kawasan berhampiran padang sekolah ketika waktu rehat iaitu sekitar jam 10.30 pagi.


Difahamkan, remaja tersebut yang merupakan bukan Islam telah mengikuti kelas PJ sukan bola tampar sebelum kejadian.

Manga yang juga merupakan atlet bola tampar sekolah kemudiannya pantas dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan.

3 2
Gambar Sekadar Hiasan

Artikel berkaitan: “Terima kasih abang!” – Pemuda Dapat Pujian, ‘Open Table’ Beri Minuman Kepada Murid Merentas Desa

Artikel berkaitan: Pelajar Tahun 2 Dilangg*r Depan Sekolah, Alami Retak Belakang Kepala & Cedera Pada Tubuh

Namun pihak perubatan mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia seleps bantuan pernafasan atau CPR yang diberikan selama 30 minit tidak berjaya menyelamatkan mangsa.

Menurut pihak polis daerah Melaka Tengah, setakat ini kes kematian pelajar tingkatan 2 itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan pihak polis sedang menunggu laporan lengkap dari hospital tentang punca sebenar kematian mangsa.

4 2
Gambar Sekadar Hiasan

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. 

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.