in

“Pengotor tahap gaban” – [Video] Jijik! Chef Ludah & Letak Puntung Rokok Dalam Pinggan Pelanggan

Untitled Design 7 2

Bila makan di restoran mesti kita nak disajikan dengan makanan yang sedap dan bersih. Bila ada perhiasan yang unik tu kira extralah kan, lagi berselera kita nak makan betul tak?

Tapi malang bagi seorang pelanggan di sebuah restoran di China,dia disajikan makanan beserta dengan puntung rokok.

Pelanggan yang dikenali sebagai Mr Zheng itu kemudiannya dibenarkan untuk melihat CCTV selepas menjumpai puntung rokok di dalam stew yang dipesan olehnya.

Namun mengejutkan bila lihat rakaman CCTV rupa-rupanya ada seorang chef telah meludah ke dalam makanannya, lapor Daily Mail.

Stew1

Chef itu dikatakan sengaja meludah di dalam makanan tersebut, namun menurut pekerja restoran, chef tersebut mengalami masalah tekak dan telah meludah ke lantai.

Stew3

Stew4

Dalam rakaman kamera keselamatan tersebut, anda boleh lihat dengan jelas bahawa chef tersebut menunduk untuk meludah ke dalam kuali” – Mr Zheng

Mr. Zheng memaklumkan bahawa stew yang dipesan untuk anaknya itu dikatakan kurang sedap dan dihantar balik ke dapur untuk mengubah sedikit rasanya. Namun mengecewakan bila perkara ini yang terjadi.

Bagaimanapun, pihak restoran menafikan perkara itu sebaliknya melaporkan chef tersebut meludah di tepi kuali bukan di dalam makanan yang dihidangnya.

Restoran yang berada dalam pusat membeli-belah itu diarahkan untuk menutup kedai dan chef tersebut diambil tindakan serius.

Pihak restoran telah memohon maaf secara terbuka di sosial media, malah lesen mereka sudah ditarik dan di denda sebanyak 100,000 yuan (RM 61,203)

 

Baca: “Kami akan kembali menjual seperti biasa” – Penjual Haiwan Eksotik Di China Tak Sabar Nak Sambung Menjual

Annotation 2020 05 12 123024

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail