in

Pengganti MB Selangor Perlu Macam Azmin Ali

Page Azmin Ali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Awal minggu ini, Azmin Ali telah menerima jawatan menteri di peringkat Kerajaan Persekutuan di bawah portfolio Menteri Hal Ehwal Ekonomi.


Beliau juga dilaporkan akan memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor buat sementara waktu sehingga tempoh peralihan kuasa kepada Menteri Besar Selangor yang baru dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.

Menurut Astro Awani, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata calon menteri besar Selangor baru perlu faham aspirasi rakyat seperti Azmin Ali.

“Apa yang pasti, mereka yang dipilih nanti seharusnya mempunyai ciri seperti Mohamed Azmin yang sentiasa berintegriti dan berwibawa tinggi dalam pentadbiran.”

Prof
sumber: berita harian

Katanya lagi individu yang dipilih nanti seharusnya mempunyai ketajaman fikiran serta hubungan yang baik dengan sultan kerana bakal berdepan cabaran dalam meneruskan usaha-usaha baik dan inisiatif peduli rakyat di negeri tersebut lepas ni.

Bukan itu sahaja, beliau juga berpendapat calon baru perlu menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding Azmin serta memastikan kewibawaan calon terpelihara dan menjaga nama baik Pakatan Harapan (HARAPAN).

Azmin
sumber: astro awani

Sementara itu, beliau yakin HARAPAN akan menamakan calon yang berkelayakan untuk memegang jawatan tersebut demi kebaikan rakyat negeri itu.

Harap pengganti Azmin Ali akan lebih baik daripada beliau…

Baca: “Kalau prestasi kabinet tak memuaskan, kita kena ganti lain” – PM

Page Tun M 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.