in

“Pengetua mental” – Bengang Punya Pasal, Guru SMK Bandar Baru Sri Petaling Pakat Buat Banner Untuk Halau Pengetua?

Pengetua6 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tugas pengetua adalah menjaga prestasi dan reputasi sekolah, ia merupakan tanggungjawabnya untuk jaga kebajikan guru-guru agar mereka dapat mendidik murid dengan bagus.


Malah, sebagai seorang pemimpin, pengetua sepatutnya menjadi seorang role model kepada guru-gurunya, jika tidak memang kes macam dekat SMK Bandar Baru Sri Petaling ni lah jadinya.

 

Pengetua mental?

Viral di Twitter satu foto, menunjukkan banner yang dikhabarkan daripada guru-guru disekolah tersebut membuat mogok terhadap pengetua mereka.

Banner itu digantung di tempat pejalan kaki di sekitar luar kawasan sekolah, banner tersebut bertulis..

Kami guru-guru SMK BB Seri Petaling memohon pihak KEM/JPWPK/PPD Pudu-Bangsar memindahkan segera Pengetua Mental dari sekolah ini demi mengembalikan kejayaan &  kecemerlangan sekolah

Ermvhxbuuaiowvy 1

Biarpun kesahihan insiden ini masih belum diketahui, bermacam-macam andaian timbul selepas foto ini meraih lebih daripada 13K Retweets sejak ia dikongsikan semalam di Twitter.

Ada yang sokong tindakan cikgu dan ada juga mengecam sikap mereka yang dikatakan tidak ada profesionalisme dalam bekerja.

Pengetua Pengetua2 Pengetua3 Pengetua4 Pengetua5

Ada juga netizen yang mengenali nama pengetua tersebut dan menyatakan bahawa beliau seorang yang bagus. Apapun masih belum tahu kesahihan samada memang benar cikgu-cikgu yang buat atau perkara sebaliknya.

Kes lebih kurang sama pernah terjadi tahun lepas apabila para guru dan PIBG di SMK Kubor Panjang, Kedah berpakat untuk ‘gulingkan’ pengetua mereka.

 

Baca : “Sombong angkuh kejam takabur” – Video Ibu Bapa & Guru Di Sekolah Kedah Pakat ‘Gulingkan’ Pengetua Sekolah

Sombong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.