in

Pengawal Keselamatan Maut Dipukul Dengan Objek Tumpul Lepas Tegur Lelaki Minum Ketika Rondaan

Gambar Hiasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki telah ditahan polis kerana disyaki telah memukul seorang pengawal keselamatan dengan objek tumpul di Bandar Bukit Raja, Klang pada pagi tadi.

Warga Nepal
Gambar sekadar hiasan

Menurut Free Malaysia Today, kejadian berkenaan berlaku di sebuah pondok keselamatan di taman perumahan.


Sebelum kejadian, pengawal keselamatan itu telah membuat rondaan di taman perumahan tersebut dan telah melihat suspek sedang minum bersama beberapa orang lelaki lagi.

Mangsa iaitu pengawal keselamatan tersebut kemudiannya menegur suspek dan beberapa orang lelaki itu.

Artikel berkaitan: “Tajam memerhati” – Lelaki Tak Dikenali Bersembunyi Dalam Semak Samun, Intai Wanita Jemur Kain

Artikel Berkaitan: “Aku nak menyamar jadi cleaner la” – Guard Depan Premis Bertuah Dapat Makan Di Rembayung

Namun, difahamkan, telah berlaku salah faham sehingga suspek memukul mangsa dipercayai dengan menggunakan besi pengunci kereta.

Mangsa kemudiannya telah dibawa ke hospital untuk rawatan namun telah meninggal dunia di Hospital Shah Alam.

Suspek yang berusia sekitar 40-an telah berjaya ditahan polis pada pagi tadi untuk membantu siasatan.

Menurut semakan pihak polis, suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

Sumber: Free Malaysia Today

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.