in

Pengawal Keselamatan Berjaya Terima Ijazah Beri Inspirasi Kepada Netizen

Pag

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Benarlah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Seorang pengawal keselamatan yang bekerja di Kolej St. Theresa di Cebu, Filipina membuktikan usia bukanlah penghalang untuk seseorang itu mencapai impian.


Erwin Valmoria Macus, 38 tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan kolej itu sejak 17 tahun lalu akhirnya berjaya mencapai impiannya untuk mempunyai ijazah.

Malah, Erwin berjaya lulus dengan kepujian, bagi ijazah sarjana muda dalam jurusan pendidikan pada hari konvokesyen Sabtu lalu.

Saya tidak percaya saya berjaya hingga ke tahap in. Saya masih tidak boleh percaya,” katanya.

Usaha keras Erwin demi mendapatkan ijazah tetapi masih perlu menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dan bekerja berjaya menyentuh hati dan mendapat pujian ramai.

Meskipun perlu menghadiri kelas pada waktu siang, Erwin masih menjalankan tanggungjawabnya untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan pada waktu malam. Bapa kepada tiga anak itu dikatakan tidak pernah mengambil cuti bekerja walau sehari semenjak memulakan pengajian di kolej itu pada tahun 2013.

Erwin memulakan kerja pada jam 7 petang hingga jam 7 pagi. Kelasnya pula bermula pada jam 7.30 pagi hingga jam 4 petang dan Erwin berjaya mendapat anugerah dekan pada setiap semester! Wow!

Keazaman dan motivasi yang kuat selama ini telah didorong oleh keluarga tersayang, memandangkan Erwin masih perlu gaji bulanan bagi menampung kehidupan seharian mereka sekeluarga.

Tiada kerja, tiada bayaran. Gaji saya bekerja di sini bukan sahaja membantu menampung kos pembelajaran saya malah keluarga juga,” kata Erwin.

Isterinya, Irenea juga menjalankan bisnes secara kecil-kecilan di Barangay Kalunasan di bandar Cebu bagi mengurangkan beban perbelanjaan yang ditanggung suaminya.

Erwin pernah melanjutkan pelajaran di dalam jurusan kejuruteraan awam pada tahun 1997 tetapi selepas satu semester, dia terpaksa berhenti kerana kedua ibu bapanya tidak mampu untuk menampung kos pada ketika itu.

Pada tahun 2000, Erwin berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan di Kolej St. Theresa dengan bantuan bapa saudaranya. Namun, impiannya untuk menghabiskan pendidikan di tahap kolej tidak pernah terkubur meskipun sudah berkahwin dan mempunyai keluarganya sendiri.

Erwin berjaya mendaftarkan diri sebagai pelajar pada tahun 2013 selepas kolej berkenaan akhirnya menerima pelajar lelaki di situ.

Difahamkan, Erwin turut menerima diskaun sebanyak 50 peratus untuk yuran kolejnya.

Siapa yang akan tolak tawaran sebegitu? Ia seolah-olah menunjukkan impian saya untuk mendapatkan ijazah menjadi kenyataan,” kata Erwin.

Erwin turut berterima kasih dan bersyukur kerana mendapat dorongan dari keluarga serta bantuan dari rakan sekelas. Dia memberitahu bahawa pengurusan masa sangatlah penting dan pengorbanannya selama ini ternyata berbaloi.

Kisah Erwin ini memang wajar untuk kita jadikan contoh dan inspirasi. Jangan pernah berputus asa!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.