in

Pengasas Produk Cium Bibir ‘Adik Angkat’ Kini Diburu Polis

Collage 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular di media sosial video TikTok seorang lelaki cium bibir seorang kanak-kanak lelaki yang didakwa adik angkatnya.


Video tersebut telah mendapat kecaman hebat netizen kerana merasakan perkara tersebut tak sesuai dilakukan oleh lelaki lebih-lebih lagi bukan darah daging dan perlakuannya ini dilihat sebagai child grooming.

Tak cukup dengan itu, selepas dikecam, pengasas produk tersebut sekali lagi memuat naik video mengatakan yang itu cara keluarganya tunjukkan kasih sayang.

Screenshot 2021 02 17 At 9.18.50 Am

Dorang tak tahu apa-apa dorang kecam je. Tapi takpelah mungkin keluarga dorang tak macam kita. Keluarga kita penuh dengan kasih sayang.”

Malah dihujung video tersebut, dilihat kanak-kanak ini sekali lagi cium pipi pengasas produk tersebut.

Ekoran dari ini, pihak polis kini sedang mengesan pengasas produk kecantikan tersebut untuk membantu siasatan.

Memetik laporan dari FMT, Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Siti Kamsiah Hassan berkata pihaknya juga turut sedang mengesan kanak-kanak di dalam video itu serta saksi kejadian.

Siasatan kes berkenaan lebih kepada Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak dan memberi tumpuan dalam mengesan kanak-kanak berkenaan.”

 

Baca: “Ya Tuhan, apa benda ni?” – Netizen Kecam ‘Founder’ Muat Naik Video Buat Perkara Tak Senonoh Kepada Adik Angkat!

Screenshot 2021 02 17 At 9.24.09 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.