in

Penganggur Menyamar Sebagai Bomoh, Rogol Pekerja Kilang Konon Untuk Buang ‘Pendamping’

98Ef4150 2Dd1 4F6F B76B Bd24Af70452E

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau baru-baru ini ada kes seorang bomoh yang mengambil kesempatan dan bertindak merogol wanita yang dirawatnya, kali ini ada pula kes yang lebih kurang sama. Cuma kelainannya kali ini bomoh ini bomoh tipu. Seram kan!


Menurut MMO, seorang penganggur berusia 37 tahun telah menyamar sebagai bomoh dan bertindak merogol wanita berusia 32 tahun dengan alasan mahu membuang “pendamping”. Jahatnya!

Wanita tersebut yang merupakan pekerja di sebuah kilang di Tampin telah mengenali ‘bomoh’ berkenaan melalui aplikasi WeChat pada awal Jun lalu.

Hipwee Techinasia.com 750X500 Crop
gambar hiasan

Mereka bertemu di sebuah hotel bagi memulakan ‘rawatan’ dengan memaksanya melakukan hubungan seks. Wanita tersebut yang dipaksa oleh bomoh berkenaan telah diberikan tiga telur dan lima limau selepas dirogol sebagai amalan berubat kononnya untuk membuang pendamping. Banyak lah kau punya amalan!

Unnamed 1
gambar hiasan

Pada pertengahan Julai, bomoh tersebut menyuruh wanita itu untuk berubat sebelum dirogol sekali lagi. Lebih dahsyat lagi, segala bil untuk menjalankan ‘rawatan’ itu telah dibayar oleh wanita berkenaan.

Wanita berkenaan yang kemudiannya menyedari dirinya ditipu membuat aduan dan penangkapan bomoh tipu itu dibuat di sebuah stesen minyak di Alor Gajah pada jam 11.06 malam, 16 Ogos lalu.

Kemenyan
gambar hiasan

Selepas disiasat, bomoh berkenaan didapati telah memperdaya kira-kira lima wanita sejak dua tahun lalu menggunakan taktik yang sama. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Selain itu, lelaki tersebut mempunyai rekod jenayah dan didapati positif ganja. Kes kini sedang disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Kepada wanita di luar sana, boleh kalau nak dapatkan rawatan sebegini carilah perubatan Islam yang sebenar. Jangan mudah terpedaya!

Baca: Bomoh Indonesia Ditahan Kerana Merogol Remaja Ketika Melakukan ‘Rawatan’ di Sibu Jaya

Capture 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.