in

Pengamal Perubatan Tradisional Mati Ditembak, Polis Syaki Pembunuhan Bermotifkan Dendam

Pembunuhan Pengamal Perubatan

Seorang pengamal perubatan tradisional telah dilaporkan maut dipercayai ditembak di rumahnya dekat Kampung Bukit Rangin Perdana 2, Kuantan pada malam Ahad lepas.

Menurut Harian Metro, dendam dan marah kepada mangsa dipercayai motif kepada pembunuhan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, mangsa, Mohamad Abdul Rahim Nasri, 31, meninggal dunia di tempat kejadian.

Bunuh

Pada hari kejadian, pihak polis telah menerima maklumat mengenai seorang lelaki tidak sedarkan diri akibat kecederaan di kepala dan kesan darah kering sekitar jam 11 malam.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian ini berlaku di rumah kampung jenis papan yang terletak kira-kira 20 meter dari jalan utama dan 100 meter dari rumah jiran terdekat.

Ketika kejadian berlaku, mangsa tinggal berseorangan kerana ibunya berniaga ikan di tapak niaga Bukit Rangin Perdana 2 kira-kira 200 meter dari rumah.

Mangsa mati disyaki ditembak kerana ada beberapa kesan tembakan pada badan hasil pemeriksaan dijalankan pasukan siasatan dan forensik.

“Mangsa yang sudah berkahwin baru saja mendapat anak lelaki. Mangsa tinggal bersama ibunya yang berusia 60 tahun dan menjalankan aktiviti perubatan tradisional.

“Isteri mangsa kini sedang berpantang di rumah ibu mentua di Pekan,” kata pihak polis.

Menurutnya lagi, polis juga mengesyaki pembunuhan tersebut bermotifkan dendam dan marah kepada mangsa. Walau bagaimanapun, siasatan lanjut kini sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

 

Keluarga mangsa minta henti buat spekulasi 

Dalam pada itu, keluarga mangsa yang maut ditembak enggan membuat sebarang andaian berhubung kejadian yang menimpa ahli keluarga mereka.

Mereka juga menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Adik mangsa, Mohd Firdaus Masri, 29, juga pada masa yang sama meminta orang ramai berhenti buat sebarang spekulasi berhubung kematian abangnya itu.

1023810

Dia juga kesal dengan tindakan sesetengah pihak membuat andaian tidak berasas di media sosial selain menyebarkan gambar mangsa di laman sosial.

Ketika keluarga masih terkejut dan sedih dengan kejadian ini, ada pihak seolah-olah tidak menghormati perasaan kami dengan menyebarkan gambar arwah yang masih berlumuran darah,” katanya.

Tambahnya lagi, dia hanya mengetahui mengenai nasib yang menimpa abangnya itu selepas ibu mereka pulang ke rumah.

Tembak

“Ibu nampak abang berada dalam keadaan terbaring namun takut untuk mendekatinya lalu kejadian dimaklumkan kepada abang sulung.

“Bila abang datang, mangsa didapati berlumuran darah dan sudah meninggal dunia,” katanya yang juga memberitahu rumah tersebut sering dikunjungi tetamu yang ingin mendapatkan rawatan.

Semoga keluarga mangsa bertabah dengan dugaan yang menimpa. 

Baca: “Dalam tangan Surya ada rambut” – Individu Dakwa Teman Arwah Cerita Kronologi Pembunuhan

Mangsa

Sumber: Sinar Harian