in

“Pengalaman yang sangat bernilai” – Terkandas 24 Jam di Pahang Sebab Banjir, Lelaki Bakar Ikan Tepi Highway Ajak Orang Ramai Makan

Ikan Bakar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banjir besar yang melanda beberapa buah negeri seperti Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor menyebabkan kebanyakan kenderaan di lebuhraya yang menghubungkan Pantai Timur dan ibu kota terkandas kerana dinaiki air.

Jalan banyak ditutup dan paling menyedihkan ada di antara kita yang tersekat di lebuhraya tersebut tanpa sebarang keperluan asas seperti makanan dan minuman. Aduhai… 


Walau bagaimanapun, perkongsian daripada seorang netizen di Twitter, @imimaysrunnia ini telah mencuit hati netizen kerana sikap murah hati mentuanya yang telah membakar ikan di tepi lebuhraya demi memberi orang ramai makan setelah terkandas hampir 24 jam di sana.

Menurutnya, keluarga mentua netizen ini dalam perjalanan pulang dari Tasik Kenyir ketika mereka bersama beberapa pengguna jalan raya lain terkandas dalam bencana banjir di lebuhraya tersebut.

Memandangkan mereka mempunyai stok ikan yang banyak, mereka telah mengambil keputusan untuk membakar ikan-ikan tersebut dan mengajak orang lain yang kelaparan untuk makan bersama-sama. Baiknya… 

 

“Muka happy dapat makan” 

Malah tambahnya lagi, bukan mereka tak pergi mencari sumber makanan lain, namun kedai semuanya dinaiki air. Lalu bapa mentua bersama beberapa orang lelaki lain telah pergi mencari kayu untuk membakar ikan-ikan tersebut.

 

“Tolong menolong sesama manusia, terharu rasa” 

Perkongsian tweet ini telah mendapat respon positif netizen yang terharu melihat keakraban dan sikap tolong menolong antara mangsa-mangsa banjir. Sekali tengok macam family gathering pun ada jugak. Hiks! 

Rezeki

Syukur ada juga yang baik hati sudi berkongsi rezeki. Semoga banjir cepat surut dan semuanya kembali seperti sediakala. 

Baca: “Berat dugaan” – [Video] Bot Karam Pula Masa Bawak Mangsa Banjir, Siap Ada Anak Kecil Lagi!

Not

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.