in

Pengakhiran yang baik, di tempat mulia’ – Warga Emas ‘Rebah’ Menghadap Ilahi Ketika Solat Isyak Berjemaah Di Masjid

Gambar Hiasan 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Langit kirmizi menghantar dirimu..menuju jalan pulang..hari-hari indah bersama..”


Itu adalah sebuah rangkap lagu nasyid dendangan dari kumpulan Far East yang menjadi pembuka kata apabila seorang warga emas meninggal dunia dalam Masjid Bandar Putra, Bangi ketika menunaikan solat Isyak.

Husnul khatimah atau maksudnya adalah pengakhiran yang baik merupakan satu perkara yang dituntut oleh semua umat Islam. Salah satu kematian husnul khatimah yang paling dimuliakan adalah meninggal dunia dalam solat.

Menurut sumber, seorang ahli jemaah, Haji Abdul Latif, 75 tahun, ditakdirkan ‘gugur’ di masjid itu dan kembali ke Rahmatullah malam semalam setelah jatuh tidak sedarkan diri ketika dalam rakaat kedua/ketiga solat Isyak.

"Langit kirmizi menghantar dirimu..menuju jalan pulang..hari-hari indah bersama.."Haji Abdul Latif, 75 tahun, jemaah…

Posted by Masjid Bandar Seri Putra, Bangi on Rabu, 9 September 2020

 

Lebih menyentuh perasaan apabila difahamkan arwah merupakan seorang ahli jemaah tegar di masjid tersebut. Mengikut kenyataan di laman Facebook rasmi masjid itu, solat jenazah dilaksanakan pada pukul 10 pagi tadi.

Netizen yang turut tumpang bersedih atas pemergian itu meluahkan perasaan cemburu atas pemergian yang baik, ditempat yang mulia.

1 10

2 7

Al-fatihah, semoga ditempatkan bersama para Syuhada

 

Baca: Meninggal mlm jumaat skali dgn oyen – Penunggang Motor Maut Langgar Pasu Waktu Cuba Elak Kucing Melintas

Capture 22

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.