Baru-baru ini, Taufan Ragasa melanda Taiwan, Selatan China dan beberapa negara berhampiran.
Fenomena itu menyebabkan banjir besar, malah pihak bomba dan penyelamat kini giat mencari mangsa yang dilaporkan hilang.
Di Macau pula, kesannya agak berbeza apabila air laut membanjiri jalan raya sehingga membawa ratusan ikan ke darat.
Malah, penduduk setempat dilihat mengambil peluang menangkap ikan-ikan tersebut, menjadikan suasana banjir seakan-akan ‘pesta’ memancing.

Artikel Berkaitan: Fenomena La Niña Kembali Ke Malaysia, Ini Fakta Korang Kena Tahu
Artikel Berkaitan: Kementerian Kerja Raya Siapsiaga Hadapi Monsun Timur Laut Tak Lama Lagi
Menerusi video yang tular di media sosial itu, dapat dilihat ada penduduk yang berjaya menangkap pelbagai ikan bersaiz besar dengan menggunakan tangan sahaja.
https://www.tiktok.com/@channelnewsasia/video/7553523320507911425?_r=1&_t=ZS-9043xOAPdcg
