Kisah mengenai barang dicuri yang berjaya ‘kembali’ pada tuan mereka mungkin bukan sesuatu news yang jarang didengari. Tapi, macam mana pula kalau objek yang dicuri dipulangkan sendiri oleh si pencuri? Siap ada tinggalkan nota lagi minta maaf.
Itulah apa yang terjadi di India baru-baru ini selepas seorang pencuri memulangkan satu beg yang berisi dos vaksin COVID-19 yang dicurinya dari sebuah hospital. Apa yang menariknya, tak satu pun vaksin di dalam beg tu yang hilang atau rosak.
“Maaf. Saya tak tahu dalam beg ini adalah ubat untuk corona,” tulis pencuri itu dalam bahasa Hindi.
Difahamkan beg tersebut mengandungi lebih 1,700 dos vaksin COVID-19. Pihak polis percaya, suspek mencuri beg tersebut kerana menyangka isinya adalah suntikan Remdesivir.
Memetik laporan NDTV, suspek dikatakan telah memulangkan beg tersebut pada seorang lelaki di luar sebuah gerai teh yang berhampiran dengan Jind Civil Lines Police Station kira-kira waktu tengah hari.
Difahamkan, pencuri yang identitinya belum dikenal pasti itu mengaku sebagai penghantar makanan untuk pegawai polis sebelum dia beredar kerana perlu melakukan tugas lain.
Setakat ini, belum ada tangkapan yang dilakukan dan pihak berkuasa kini sedang berusaha menjejaki suspek.
Untuk info, bermula pada 1 Mei, kerajaan India akan meluaskan program vaksinasi COVID-19 dan akan melibatkan individu yang berumur lebih 18 tahun.
Sumber: NDTV
Baca: Monyet Serang Pekerja Makmal Dan Bawa Lari Sampel Ujian Covid-19