Mana semua pencinta haiwan? Jangan lepaskan peluang sebab…
“Pet Expo Malaysia 2026 bakal kembali meriahkan Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur pada 29 Mei hingga 1 Jun!”

Dikenali sebagai ekspo terbesar di Malaysia, Pet Expo Malaysia 2026 kembali dengan skala lebih besar dan lebih gempak! Pameran selama 4 hari ini bakal dipenuhi dengan pelbagai tawaran hebat, aktiviti interaktif bersama haiwan kesayangan serta giveaway menarik untuk dimenangi!
Kalau korang nak tahu apa lagi yang menarik dekat Pet Expo Malaysia 2026 ni, jom baca dekat bawah.
1. Lebih 300 jenama premium barangan haiwan

Hanya dekat Pet Expo Malaysia 2026 ni je korang dapat jumpa lebih 300 jenama premium barangan haiwan. Apa je yang korang cari untuk si comel memang ada dekat sini, lengkap dari A sampai Z! Makanan, treats, vitamin, aksesori sampai ke pet tech terbaru, semuanya tersedia dengan harga istimewa!


Bukan sekadar ekspo biasa, ini port terbaik untuk korang restock barang si comel dengan harga lebih rendah dari pasaran! Tambah lagi dengan promosi khas & pelancaran eksklusif sepanjang pameran ni memang rugi kalau tak grab peluang ni!

2. Jumpa komuniti ‘paw-rents’ atau adopt si bulus comel
Pet Expo Malaysia 2026 bukan sekadar tempat untuk korang explore pelbagai produk dan keperluan si bulus. Malah, inilah platform terbaik untuk korang berkenalan dan berkumpul bersama komuniti pencinta haiwan!
Kalau si bulus jenis friendly, memang sesuai sangat bawa mereka datang untuk berjumpa dan bermain dengan kawan-kawan baharu!

Selain itu, kalau korang sedang mencari ahli keluarga bulus yang baru, jangan lepaskan peluang untuk sertai adoption drive yang disediakan! Siapa tahu, korang boleh bawa pulang si bulus yang bakal jadi teman setia dan ahli rumah baharu korang!

3. Pertandingan Grooming Si Comel
Saksikan pertandingan 23rd Supergroom International Grooming Competition di Pet Expo Malaysia 2026! Pertandingan berprestij ini menghimpunkan groomer berbakat untuk menunjukkan kreativiti, teknik dan kemahiran terbaik dalam menata rapi si bulus kesayangan.
Lebih menarik, korang berpeluang menyaksikan sendiri aksi ‘transformasi’ memukau si bulus di depan mata! Confirm menarik dan comel.
4. Aktiviti menarik untuk seisi keluarga
Bagi yang nak bawa anak-anak, Pet Expo Malaysia 2026 memang pilihan terbaik untuk seisi keluarga! Banyak aktiviti menarik yang boleh buat sama-sama, dari explore sampai bonding time dengan si kecil.
Paling best, si kecil boleh masuk petting zoo dan berinteraksi secara dekat dengan haiwan-haiwan comel.

Bukan itu sahaja, korang juga boleh menikmati pameran arnab & haiwan kecil yang comel di Pet Expo Malaysia 2026. Memang confirm takkan bosan kalau datang dengan keluarga, sebab setiap sudut ada saja yang menarik untuk diterokai!

Jadi tunggu apa lagi? Tanda kalender korang sekarang dan bawa seisi keluarga ke Pet Expo Malaysia 2026.
📍 Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur
📅 29–31 Mei, Jumaat – Ahad: 11 pagi – 9 malam
📅 1 Jun, Isnin: 11 pagi – 8 malam

Tiket boleh dibeli terus di kaunter pada hari acara sahaja. Bayaran masuk hanya RM5 seorang. Kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga emas masuk percuma.
Untuk maklumat lanjut boleh di:


