in

“Penat juga nak terangkan” -Sering Disalah Anggap, Nama Unik Lelaki Ni Bikin Ramai Keliru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memiliki nama yang unik sering membuatkan seseorang itu lebih mudah dikenali oleh orang disekelilingnya. Iyalah kalau dah nama 1 dalam seribu mesti la orang senang nak ingat.


Tapi susah juga kalau nama unik yang dimiliki kedengaran seperti satu pekerjaan.

 

“Saya tanya nama, bukan kerja apa”

Seringkali membuatkan ramai terkeliru, pemilik nama Askar bin Ibrahim yang berasal daripada Sabah ini sudah terbiasa melayani individu yang keliru dengan nama asalnya.

Antara soalan yang sudah menjadi siualan di telinganya ialah,“saya tanya nama, bukan kerja apa” setiap kali namanya disebut.

Tak henti disitu, disebabkan nama uniknya juga, ramai turut bertanyakan status pekerjaannya dalam askar, sama ada masih bekerja ataupun sudah bersara.

Aduhh kesian pula rasanya…

 

“Bersyukur dengan nama itu”

Menurut Askar, nama tersebut diberikan oleh bapanya Ibrahim Basinau yang juga merupakan seorang bekas anggota polis.

Walaupun seringkali ditanya dengan pelbagai soalan dari orang ramai, Askar tidak pernah mempersoalkan tindakan bapanya itu.

Malah dia dikatakan bersyukur kerana diberikan nama yang menjadi lambang keberanian dan keutuhan perjuangan negara.

“Bagi saya mungkin jiwanya yang cintakan keamanan dan keselamatan negara menjadikan Allahyarham menamakan saya sebagai Askar.

“Apapun, saya bersyukur kerana nama berkenaan menjadi lambang keberanian dan keutuhan pejuang negara di medan perjuangan terutama ketika negara dibelenggu ancaman komunis,”

Askar yang kini menetap di Sungai Udang, Melaka mengatakan sepanjang dia berkhidmat sebagai tentera dia terpaksa berhadapan dengan episod lucu berulang-kali gara-gara kekeliruan yang dialami oleh rakan-rakannya lapor Harian Metro.

Kalau dah sepanjang hidup kena jawab soalan yang sama, mestilah rasa penat. Tapi menurut Askar, dia perlu menjelaskan perkara tersebut bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

Agak-agaknya, apa nama samaran yang kawan-kawan panggil ya?

 

Baca : Unik! Gadis Ini Mempunyai Nama Paling Simple, Hanya 1 Huruf!

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.