Pempengaruh media sosial, Faiz Soul sekali lagi menjadi sorotan netizen selepas satu hantaran videonya mempromosikan satu produk jualannya tular dan mengundang rasa kurang senang netizen.
Ini kerana donut yang dijual itu dikenakan harga yang netizen anggap tidak masuk akal kerana menjual donut dengan harga RM10 sebiji.
Artikel berkaitan: “Nak off social media” – Dr Malar Santhi Sebak, Buat Permohonan Maaf Terbuka Terhadap Faiz Soul
Artikel berkaitan: “Bukan ke dia yang persoalkan” – Dr Malar Respon Kenyataan Balas Faiz Soul Lepas Buat Teguran
“Maaf andai RM10 sebiji mengundang banyak cemuhan kalian” – Faiz Soul
Perkongsian itu dibuat sebagai satu respon daripada netizen yang memberikan komen dengan membandingkan harga jualan donutnya dengan produk daripada jenama terkemuka.
Walau bagaimanapun, video tersebut dilihat telah dipadam dari platform asal, TikTok milik Faiz Soul.

Bagaimanpun, video tersebut, dikongsikan semula di X dan rata-rata turut mempertikaikan harga yang dijualnya itu dan mempersoalkan jika ia berbaloi atau tidak.

Sebelum ini nama Faiz Soul pernah menjadi perhatian apabila kehadirannya dalam satu acara di sekolah menjadi pertikaian netizen, isu tersebut menjadi hangat sehinggakan Jabatan Pendididkan Negeri (JPN) Kedah masuk campur untuk melakukan siasatan.
Isu juga dilihat menjadi semakin rancak apabila Dr Malar tampil bersuara dan mereka dilihat berbalas kenyataan sebelum Dr Malar membuat permohonan maaf.
Sumber : X, TikTok, Harian Metro
