in

Peminat ‘Naik Gila’ Bakar Mercun Sambil Bersorak Bila Salman Khan Muncul Dalam Movie Baru Di Wayang

Ft Peminat Salman Khan Bakar Mercun Dalam Wayang

Penonton filem di India diselubungi ketakutan pada hari Ahad lepas ekoran dengan obsesi segelintir peminat bertindak membakar bunga api di dalam pawagam sejurus sahaja idola mereka iaitu bintang Bollywood Salman Khan muncul di skrin.

Rakaman yang dikongsikan ke media sosial memaparkan ramai orang berada dalam keadaan panik ketika bunga api dinyalakan di dalam sebuah panggung wayang yang terletak di Malegaon, Maharashtra, India.

Artikel Berkaitan : Aishwarya Rai Dedah Pernah Kena Pukul Dengan ‘First Love’ Salman Khan Masa Minta ‘Breakup’

Artikel Berkaitan : “Kau nothing tanpa peminat”- (Video) Salman Khan ‘Mengamuk’ Rampas Phone Peminat Undang Kecaman Netizen

Video tersebut memperlihatkan peminat menunggu kemunculan Salman Khan di skrin sebelum membakar mercun itu secara rambang.

Orang ramai kemudiannya boleh dilihat berlari ketakutan ke pintu keluar apabila bilik yang gelap gelita itu jadi terang dengan cahaya mercun dan percikan api yang berterbangan dalam bilik wayang yang tertutup itu.

Jeritan dan sorakan itu menyebabkan filem terbaru lakonan Salman Khan yang berjudul Tiger3 terpaksa dihentikan tayangannya pada waktu itu. Memandangkan kes itu jadi tular, Salman Khan sendiri rasa terpanggil dan terus ‘bersuara’ di media sosial.

“Saya mendengar tentang bunga api di dalam teater semasa Tiger3. Ini bahaya. Mari kita nikmati filem ini tanpa membahayakan diri sendiri dan orang lain. Kekal selamat.’

Menurut sumber, puhak polis di Maharashtra sedang menyiasat kejadian itu. Kesalahan itu di bawah seksyen 435 (kerosakan dengan api atau bahan letupan dengan niat untuk menyebabkan kerosakan) dan 336 (perbuatan membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain) Kanun Keseksaan India.

Menurut sumber, ini bukan kali pertama peminat pelakon Bollywood itu melakukan tindakan sedemikian. Pada tahun 2021, selepas pelancaran Antim: The Final Truth, beberapa klip peminat meletupkan mercun di dalam dewan pawagam menjadi tular.

Malah, Salman Khan ada mengeluarkan kenyataan memberitahu peminat untuk tidak membawa mercun di dalam auditorium kerana ia boleh menjadi bahaya kebakaran yang besar sekali gus membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.

Sumber : dailymail.co.uk