in

Pembunuh Bersiri ‘Jack The Ripper’ Thai Dibebaskan Awal Sebab Berkelakuan Baik Tapi Kembali Membunuh

Collage 46

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada tahun 1888, kota London pernah digemparkan dengan pembunuh kejam Jack The Ripper sehingga kini tak ada siapa pun tahu identiti pembunuh bersiri yang pernah membunuh lima orang wanita secara kejam.


Nak dijadikan cerita, pada tahun 2005, seorang lelaki dari Thailand, Somkid Pumpuang telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana telah membunuh lima wanita. Media di Thailand telah memanggil dia sebagai Jack The Ripper Thailand.

Persamaan antara Somkid dan Jack The Ripper asal adalah, selain dari mereka telah membunuh lima wanita mereka juga memilih mangsa yang bekerja sebagai kupu-kupu malam.

C1 1817409
Sumber: bangkok post

Menurut NST, walaupun Somkid telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, pada Mei tahun ini, pihak berkuasa telah membebaskan pembunuh bersiri ini kerana berkelakuan baik semasa di dalam penjara.

Namun, tujuh bulan selepas lelaki ini bebas, seorang wanita berusia 51 tahun yang bekerja di sebuah hotel di negara tersebut telah ditemui mati di rumahnya.

Mangsa ditemui mati dengan lehernya yang dicekik menggunakan pita pelekat dan buku lalinya diikat dengan wayar cas telefon.

Salah seorang jiran mangsa telah melihat seorang lelaki tinggal bersama mangsa pada 2 Disember sebelum mendengar pasangan ini bergaduh pada 8 Disember.

Selepas melakukan siasatan, bukti termasuk telefon bimbit yang ditemui di rumah tersebut menunjukkan Somkid sebagai suspek utama.

Dikatakan, cara mangsa mati sama dengan corak pembunuhan lima mangsa sebelum ini di mana dia melakukan hubungan seks dengan mangsa sebelum mereka telah dicekik atau dilemaskan dan barang berharga mereka diambil.

Pihak polis telah menyebarkan gambar lelaki ini dengan ganjaran sebanyak 50,000 baht (RM6,838) kepada orang awam yang mempunyai maklumat keberadaan lelaki ini.

Sianssa 1576648679
Sumber: nst

Rabu lalu, pihak polis telah menahan Somkid di dalam sebuah keretapi di bandar Pakchong selepas salah seorang penumpang menangkap gambar suspek memakai topi dan topeng sebelum menghantarnya ke pihak berkuasa.

 

Baca: “Saya tak kisah mati ditangan dia” – Janda Terpikat Dengan Pembunuh Bersiri, Tak Sabar Nak Kahwin Tahun Depan

Screenshot 2019 12 18 At 4.30.01 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.