in

“Pembela maksiat!” – Lelaki Tak Setuju 5 Gay Kena Hukum Penjara, Netizen Berbalah Bagi Pendapat

Gay Lgbt

Semalam Lobak Merah ada melaporkan tentang lima lelaki yang dihukum penjara kerana cuba melakukan persetubuhan sejenis.

Menurut Harian Metro, kesemua tertuduh ditemui dalam keadaan tidak berpakaian di sebuah apartmen bersama-sama dengan tujuh lelaki lain. Selain itu, mereka juga menemui kondom serta bahan pelincir di pesta songsang tersebut.

Akibat daripada itu, seorang tertuduh dihukum penjara 7 bulan, denda RM4,900 serta enam kali sebatan manakala 4 lagi lelaki dihukum penjara 6 bulan, denda RM4,800 dan 6 kali sebatan.

Gay1
sumber: harian metro

Bagaimanapun, seorang individu yang memperjuangkan hak LGBTQ memberitahu di Twitter bahawa dia tidak bersetuju kesemua lelaki tersebut dikenakan hukuman itu.

Ini sangat melampau dan tidak adil untuk komuniti LGBTQ.”

Menurut posting tersebut, ketika itu dia berada di Mahkamah Syariah untuk memberi sokongan kepada kelima-lima lelaki yang dihukum.

Lgbt
sumber: twitter

Tapi disebabkan tweet tu, ramai netizen memberi pendapat masing-masing, semestinya ada dua jenis pendapat. Ada yang setuju dan ada yang tidak.

Netizen yang setuju berpendapat sepatutnya mereka tidak dihukum apatah lagi kesalahan yang dinyatakan adalah ‘cubaan melakukan persetubuhan sejenis’, bermaksud mereka belum melakukan perkara tersebut.

Jadi, menurut mereka tidak perlu sampai sebegitu sekali hukuman yang diberikan. Ada juga yang cakap undang-undang Malaysia ni lebih mementingkan permasalahan hubungan sejenis daripada perkahwinan kanak-kanak, perogol dan pedofilia.

Netz1
sumber: twitter

Tapi, bagi netizen yang bersetuju dengan hukuman tersebut rata-ratanya menghentam lelaki itu kerana menyokong sesuatu yang ternyata salah di sisi agama.

Netz2
sumber: twitter

Hmmm….

Baca: “Siap jumpa kondom dengan bahan pelincir” – Suami Kena Penjara Sebab Cuba Buat Seks Sejenis Dekat Parti Songsang

Gay Woi