in

Pemandu Lori Tik*m Diri Sendiri, Reka Cerita Disamun Kerana Salah Guna Duit Syarikat

pemandu lori tikam diri sendiri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pemandu lori makanan beku di Pulau Pinang telah kantoi mereka cerita dirinya disamun kerana mahu mengelakkan tindakannya menyalah gunakan duit syarikat untuk aktiviti perjudian tidak diketahui oleh majikannya.

Memetik laporan Buletin TV3, lelaki tersebut pada mulanya telah sanggup menikam dirinya sendiri dengan menggunakan pisau pada perut sebagai bukti kepada pihak polis bahawa dirinya telah menjadi mangsa kejadian samun.


Pada awalnya, lelaki yang berusia 32 tahun itu mengatakan dia telah disamun oleh tiga orang lelaki warga tempatan dan kejadian tersebut berlaku sekitar jam 7.45 petang di Jalan Minden 1.

pemandu lori

Artikel berkaitan: Tular Video Lelaki Mengamuk Di Plaza Tol Rupanya Positif Sy*bu & Ada 17 Rekod Jenayah Lampau

Artikel berkaitan: Individu Buat Laporan Polis, Dakwa Dirinya Ditikam Kerabat Diraja Pahang

Dia yang ditemui cedera dalam lori dalam keadaan telah berlumuran darah kemudiannya telah digegaskan ke hospital untuk rawatan.

Namun, pemandu lori tersebut kemudiannya telah kantoi menipu dan mereka cerita dirinya disamun dan ditikam setelah pihak polis membuat siasatan lanjut. Difahamkan, ini kerana keterangan yang diberikannya adalah tidak konsisten.

Pemandu lori tersebut telah sanggup menikam dirinya sendiri dan mereka cerita telah disamun untuk mengaburi mata majikan dari kantoi kerana kutipan hasil jualan produk syarikat sebanyak RM3,000 telah digunakan olehnya untuk kegunaan sendiri termasuk berjudi.

Sumber: Buletin TV3

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.