in

Pemain Warisan Malaysia: Vietnam Sedia Protes Jika Keputusan AFC Berat Sebelah

6Bola

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Badan induk bola sepak Vietnam bersedia mengambil tindakan rasmi sekiranya keputusan berkaitan isu pemain warisan Harimau Malaya dilihat tidak adil.

Dalam satu laporan daripada media negara itu, Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) berkemungkinan mengemukakan bantahan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sekiranya keputusan yang dibuat menjelang aksi terakhir Kumpulan F kelayakan Piala Asia tidak memihak kepada prinsip keadilan pertandingan.


Isu itu timbul susulan keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) yang menolak rayuan melibatkan tujuh pemain yang dikaitkan dengan pasukan Malaysia, sekali gus mengekalkan denda terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta hukuman penggantungan selama 12 bulan daripada perlawanan rasmi terhadap pemain terbabit.

Screenshot 2026 03 15 At 12.01.17 Pm

Dalam masa sama, pihak VFF menegaskan bahawa persiapan skuad kebangsaan tetap diteruskan seperti biasa menjelang perlawanan menentang Malaysia hujung bulan ini. Mereka menyatakan fokus utama pasukan adalah aspek taktikal dan persediaan teknikal tanpa mahu terlalu dipengaruhi polemik yang sedang hangat diperkatakan.

Bagaimanapun, pegawai kanan VFF memberi peringatan bahawa sebarang keputusan daripada AFC berpotensi memberi kesan besar terhadap kedudukan kumpulan. Jika Malaysia didapati menggunakan pemain yang tidak layak, keputusan perlawanan boleh dibatalkan dan kedudukan mata dalam kumpulan mungkin berubah secara drastik, sekali gus menjejaskan peluang pasukan-pasukan yang bersaing dalam kempen kelayakan tersebut.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.