in

Pelanggan Biadap Tampar Staff Restoran Di Sarawak Hanya Sebab Disuruh Pakai Mask

Staffsarawak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, ada pasangan bersikap keterlaluan ketika menjadi pelanggan di sebuah restoran di Sawarak dengan menimbulkan kekecohan sehingga sanggup melakukan keganasan fizikal.


Kekecohan itu berlaku 9.15 pada 15 Julai di Satok, Kucing, pada waktu itu, pasangan tersebut mahu masuk ke sebuah kedai makan tetapi tak pakai pelitup muka.

Apabila seorang staff ‘tahan’ mereka dan mengingatkan agar memakai pelitup muka sebelum masuk, mereka tak nak dengar dan menegaskan bahawa masuk restoran tak perlu ada peraturan.

Setelah kekecohan itu makin meleret, salah seorang staff yang lain datang untuk meredakannya,, namun begitu pelanggan lelaki tersebut menengkingnya dan terus tampar muka pekerja sebelum berlalu pergi begitu sahaja.

Staffsarawak 1

Kejadian itu dapat dirakam menerusi CCTV yang diletak di dalam restoran itu. Lapor WORLD OF BUZZ.

Tak lama lepas tu, restoran tersebut menerima panggilan telefon daripada individu yang tak dikenali memaki hamun dan mengatakan bahawa staff mereka sangat biadap dan tak sopan kerana menghalang pelanggan menikmati makanan di tempat mereka.

Namun begitu, tidak pasti samada panggilan itu datang daripada pasangan yang sama atau pun tidak, bagaimanapun, pihak restoran tersebut telah pun membuat laporan polis.

Malah, pihak restoran itu juga telah menjelaskan bahawa tindakan untuk meminta pelanggan mereka memakai topeng bukanlah untuk menyukarkan pelanggan tetapi demi keselamatan semua orang disekeliling.

Sebelum ini, memakai topeng di khalayak ramai memanglah tidak diwajibkan di Malaysia seperti sekarang, tetapi PH dalam siaran langsung terbarunya mengatakan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk pemakaian pelitup muka di tempat awam wajib. Sumber.

Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah  ada mengatakan bahawa jika memakai topeng di tempat awam diwajibkan maka pelanggar boleh dikenakan denda RM1,000 atau hukuman penjara.

 

Baca : “Saya cuma menggetok wajah perawat itu, bukan melakukan penganiayaan” – [Video] Pak Guard Tampar Nurse Sebab Ditegur Tak Pakai Mask

Capture 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.