in

Pelajar Tingkatan 2 T*mbuk Guru Mengaku Bersalah, Diikat Jamin RM1,000

pelajar tumbuk guru mengaku salah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelajar berusia 14 tahun yang tular selepas bertindak kasar dan mengugut seorang guru lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mencederakan guru tersebut di sebuah sekolah menengah.

Pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Fatin Dayana Jalil.


Mengikut pertuduhan, dia yang merupakan pelajar peralihan tingkatan satu itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas guru lelaki berusia 29 tahun sekitar jam 4.48 petang, Isnin lalu di sekolah berkenaan.

Artikel berkaitan: Pelajar Biadab T*mbuk & Rentap Baju Guru Sebab Berang Ditegur Ponteng Kelas Ditahan Polis

Artikel berkaitan: “Ambil atas dasar tanggungjawab”- KPM Sedia Terima Pelajar Sekolah Yang Dibuang MRSM

Kes ini didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Screenshot 2025 07 30 101723

Pada awalnya, pihak pendakwa mencadangkan jaminan RM5,000 disebabkan kes ini tular dan dianggap serius.

Namun begitu, peguam memohon jumlah yang lebih rendah kerana tertuduh masih bersekolah dan merupakan pesalah juvana.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 September bagi laporan akhlak tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum hukuman dijatuhkan.

Sementara itu, ibu pelajar berkenaan ketika ditemui memaklumkan tertuduh adalah anak tunggal dan tinggal bersamanya selepas berpisah dengan bekas suami.

Wanita itu memberitahu anaknya kesal dengan tindakan menumbuk guru dan ada memohon maaf kepadanya.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.