in

Dah Popular Di Hollywood, Henry Golding Tetap Puji Keindahan Alam Malaysia & Resort Di Langkawi

Syaz Ft 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun namanya kini bertaraf bintang antarabangsa selepas membintangi filem-filem hebat Hollywood seperti Crazy Rich Asians dan Last Christmas, aktor tampan berdarah kacukan Iban-Inggeris, Henry Golding, nampaknya langsung tidak melupakan keindahan alam semula jadi bumi Malaysia.

Terbaharu, pelakon berusia 39 tahun yang dilahirkan di Sarawak itu berkongsi momen manis percutian bersama keluarganya di salah sebuah lokasi peranginan tanah air, Pulau Langkawi.


Artikel berkaitan: “Dia kan bukan Muslim, habis drama Melayu tu?” – Kecoh Tentang Adegan Berahi Henry Golding Cium Mulut Lelaki Dalam Filem Terbaru

Artikel berkaitan: ‘Tewas’ Dengan Henry Golding, Aktor Simu Liu Dedahkan Kenapa Tak Dipilih Berlakon ‘Crazy Rich Asians’

Melalui satu hantaran di laman sosial miliknya, Henry mendedahkan bahawa dia sebenarnya sudah lebih dua dekad kerap mengunjungi pulau permata kedah itu. Namun, ini merupakan kali pertama dia dan keluarga menginap di resort hutan hujan terkenal, The Datai Langkawi.

 

View on Threads

 

Terpegun Dengan Alam Semula Jadi & Layanan Mesra

Dalam perkongsian yang sama, Henry menyifatkan pengalaman bangun pagi di tengah-tengah keindahan hutan hujan tropika yang dikelilingi pantai sebagai satu ketenangan luar biasa buat mereka sekeluarga.

Bukan itu sahaja, pelakon filem A Simple Favor ini turut memuji kehangatan layanan kakitangan resort berkenaan yang membuatkan percutian mereka terasa amat istimewa.

Menerusi foto-foto yang dimuat naik, dapat dilihat anak-anaknya seronok menyertai pelbagai aktiviti mesra alam seperti aktiviti kraf dan mempelajari pembuatan minyak aroma terapi berasaskan bahan semula jadi di resort tersebut.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi positif daripada peminat tempatan yang bangga melihat anak jati Sarawak itu masih kerap balik ke tanah air dan memperkenalkan keindahan Malaysia kepada dunia.

Cats 5

Kehadiran bintang antarabangsa seperti Henry Golding bercuti di lokasi tempatan secara tidak langsung membuktikan bahawa destinasi pelancongan di Malaysia sentiasa mempunyai daya tarikan unik berkelas dunia yang tidak mampu ditandingi mana-mana tempat lain.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.