in

Pelajar Sebak Menang Cabutan Bertuah Pakej Umrah, Hadiah Daripada Guru Bersara

umrah 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rezeki tak salah alamat apabila seorang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu telah memenangi hadiah pakej umrah daripada gurunya yang telah bersara baru-baru ini. Pakej umrah itu merupakan hadiah utama untuk cabutan bertuah tersebut.

umrah 2
Sinar Harian

Tak sangka menang hadiah pakej umrah

Menurut Sinar Harian, daripada 800 orang pelajar yang menyertai cabutan bertuah itu, pelajar yang bernama Mohd Danial Hakim Faiz Teng, 14, dilihat terharu dan gagal menahan sebak apabila nombor 118 miliknya diumumkan oleh guru bersara tersebut.


Saya tidak pernah berjalan jauh, malah kapal terbang pun tak pernah naik. Alhamdulillah, rasa macam tak percaya.

Mohd Danial Hakim yang juga anak sulung daripada dua beradik itu menyifatkan hadiah itu seperti satu mimpi baginya apabila diberi rezeki untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah. Dia juga tidak sabar untuk berkongsi kisah gembira itu dengan ibunya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) dan ibu tunggal, Norhidayu Zulkifli, 38.

umrah 1
Sinar Harian

Guru yang bersara tu jadi mutawif umrah nanti

Dalam pada itu, guru bernama Ahmad Zaki Mohamed Amin, telah bersara wajib pada umur 60. Katanya, dia sendiri yang mahu membuat kelainan dan beri kenangan manis buat pelajarnya sempena tamat perkhidmatan sebagai seorang pendidik.

Artikel berkaitan: Kunjungi Al-Ula Selepas Buat Umrah, Netizen Kecam Bunga Citra Lestari & Keluarga

Artikel berkaitan: “Bye bye Tipuware!” – Projek Anak & Menantu, Bersihkan Rumah Sewaktu Mak Ayah Pergi Umrah

Beliau yang merupakan guru Bahasa Arab dan Pendidikan Islam itu berkata, akan membimbing pelajar itu di Mekah Disember akan datang memandangkan beliau juga adalah seorang mutawif.

Semua kos ditanggung termasuk wang poket RM500 juga akan diberikan. Menariknya, saya sendiri akan membimbing umrah Mohd Danial Hakim nanti.

Majlis persaraan itu dimeriahkan dengan kehadiran isteri, anak dan menantu serta cucu-cucu beliau. Beliau juga berharap memori tersebut akan dikenang sampai bila-bila.

Alhamdulilah, rezeki pelajar tu dapat buat umrah nanti!

Sumber: Sinar Harian, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.