Seorang pelajar lelaki menjadi perhatian ramai apabila nekad menunggang motosikal sendirian dari Sepang ke Perlis untuk mendaftar masuk ke universiti di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).
Pelajar, Muhammad Zahirul Hakim bin Zali telah menunggang motosikal seorang diri selama lapan jam dengan membawa barang-barang keperluan untuk pengajiannya di UniMAP.
Kisah pelajar cekal ini telah dikongsikan menerusi Facebook rasmi Universiti Malaysia Perlis.
Artikel Berkaitan: KPT Minta Pelajar Daftar Dahulu, Maklum Sekiranya Berdepan Masalah
Artikel berkaitan : 159 Pelajar UiTM Cawangan Sabah Terima Bantuan KPT-PTPTN
Menurut pelajar yang mendaftar sebagai pelajar baharu Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Teknologi Robotik dan Automasi) ini, dia pernah memilih untuk menaiki bas dan kereta api ETS namun kos perjalanan yang mencecah sehingga RM100 sehala membuatkan pelajar ini memutuskan untuk menunggang motosikal sendiri kerana hanya perlu mengeluarkan sekitar RM30 untuk satu perjalanan.
Difahamkan juga, Zahirul tidak mahu membebankan ibu dan ayahnya kerana keluarganya juga perlu menanggung perbelanjaan untuk adik-beradiknya.
Bapanya juga membenarkan untuk ke universiti dengan menunggang motosikal membuatkannya nekad untuk datang sendiri sahaja ke UniMAP.
Semoga kisah pelajar ini menjadi inspirasi untuk adik-adik di luar sana untuk kekal cekal dalam menimba ilmu.