Sepasang kekasih yang merupakan pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) ditahan pihak penguatkuasa malam tadi selepas dipercayai berkhalwat dalam kereta di Taman Universiti, Parit Raja, Batu Pahat.
Menurut sumber Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), pasangan kekasih masing-masing berusia 26 dan 23 tahun itu berasal dari Perak dan Pulau Pinang, masih bujang serta dipercayai menuntut di sebuah universiti awam.
Dalam kenyataan itu, pasangan terbabit ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah malam ketika berada berdua-duaan dalam sebuah kereta di tempat sunyi di kawasan berkenaan.
Enjin kereta didapati masih hidup dengan pendingin hawa terpasang selain cermin kenderaan itu gelap.
Artikel berkaitan: Lelaki Kantoi Bersekedudukan Dengan Isteri Orang Sebab Terpikat Dengan Sambal Nasi Lemak
Artikel berkaitan: Tukang Rumah Jadi Individu Pertama Di Terengganu Dis*bat Depan Khalayak Sebab Berkhalwat
“Apabila ditahan, pasangan ini merayu kepada penguatkuasa supaya tindakan tidak diambil kerana masih belajar.
“Mereka turut memberi alasan sedang berbincang mengenai pelajaran yang wanita itu tak berapa faham di kelas siang tadi,” katanya.
Kes disiasat mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor dan pasangan terbabit akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah untuk tindakan selanjutnya.
Menurut JAINJ lagi, pihak penguatkuasa sebelum itu mendapat aduan daripada orang ramai berikutan banyak kejadian ‘kereta rosak’ yang enjinnya hidup di tengah malam di kawasan berkenaan.
Sumber: Kosmo!