in

Pelajar 17 Tahun Hamil 3 Bulan, Lakukan Seks Dengan Lima Lelaki Dalam Tempoh Lapan Hari

Page 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sememangnya kes sumbang mahram dan rogol adalah kes yang tidak asing lagi di Malaysia. Lebih-lebih lagi apabila si anak tidak diberikan pendedahan sewajarnya oleh ibu bapa. Maka berleluasalah kes sebegini dalam kalangan pelajar.


Hal yang sedemikian turut menimpa seorang gadis berusia 17 tahun apabila mendapati dirinya hamil tiga bulan selepas melakukan seks dengan lima lelaki dalam tempoh lapan hari antara 30 Ogos hingga 7 September lalu.

Menurut Sinar Harian, kegiatan pelajar perempuan itu terbongkar apabila abangnya membawanya ke balai polis bagi memaklumkan kepulangannya di balai polis Binjai.

Menurut pelajar tersebut, kejadian sumbang mahram itu berlaku di empat lokasi yang berasingan iaitu tiga kali di Bachok, satu lagi di Kota Bharu. Dua dari perlakuan itu dilakukan tanpa kerelaan pelajar tersebut.

Seks Bocah 1
gambar hiasan

Kelakuan sumbang mahram yang pertama berlaku apabila pelajar tersebut telah dijemput oleh teman lelakinya yang juga merupakan rakan sekelasnya di Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada jam 7.30 pagi, 30 Ogos yang lalu.

Mereka berdua melakukan hubungan seks di sebuah rumah di Kampung Beris Kubur Besar, Bachok sebelum lelaki berkenaan bertindak meninggalkan gadis itu seorang diri.

Rakan kepada teman lelakinya kemudian mengambil kesempatan atas situasi itu dengan membawanya pulang ke rumah rakan yang lain. Ketika di rumah itu, pelajar tersebut telah dirogol sebanyak dua kali oleh dua lelaki berbeza yang juga merupakan rakan kepada teman lelakinya.

Budak Perempuan 16 Tahun Dakwa Dirogol 5 Individu
gambar hiasan

Selepas dirogol, pelajar tersebut sekali lagi ditinggalkan tetapi di tempat yang berbeza iaitu di sebuah kedai makan di Binjai. Dia kemudian menelefon rakannya untuk menjemput dan menghantarnya pulang ke rumah.

Kejadian sumbang mahram yang seterusnya berlaku apabila pelajar berkenaan menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tidak dikenali dan mempelawanya untuk menginap di sebuah hotel di Bachok.

Menurut Ketua Polis Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah, pelajar itu yang bersetuju dengan pelawaan tersebut bertindak melakukan seks dengan lelaki berkenaan sebelum ditinggalkan berhampiran lampu isyarat Tendong, Kota Bharu pada tengah malam pada 7 September lalu. Asyik kena tinggal je dia ni?

Image Crop
sumber: sinar harian

Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, pelajar tersebut kemudian bertindak menghubungi rakannya sebelum dihantar ke sebuah hotel di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.

“Di situ, pelajar tersebut berkenalan dengan seorang lelaki iaitu rakan kepada penjaga kaunter hotel dan dia kemudiannya melakukan seks dengannya. Pelajar berkenaan kemudiannya dihantar pulang ke rumah pada pagi 8 September lalu.”

Pihak polis kini sedang mengesan dua suspek yang merogol pelajar berkenaan dan kes ini diklasifikasikan sebagai rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sebanyak 20 tahun dan sebatan.

Pelajar berkenaan pula kini berada di Hospital Universiti Sains Malaysia bagi rawatan lanjut dan dilaporkan hamil 12 minggu.

Kasihan pula dengar kes sebegini. Sebab itulah ibu bapa mainkan peranan penting dalam mendidik anak. Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah.

Baca: Gadis 17 Tahun Dirogol Bergilir-gilir Oleh Teman Lelaki Dan Lima Rakan di Pasir Mas, Kelantan

Capture 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.