Kadangkala orang yang paling rapat dengan kita juga boleh memberikan kemudaratan kepada kita, seperti kes mahkamah yang terjadi baru-baru ini di mana seorang lelaki bertindak merakam video lucah ahli keluarganya sendiri.
Tertuduh, Mohammad Fazlie Isa, 23, dijatuhi hukuman penjara empat hari dan denda RM4,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Batu Pahat.
Artikel berkaitan: “Lupa ke ada CCTV?” – Polis Buru Lelaki Rakam Bawah Kain Wanita
Artikel berkaitan: Isteri Rakam Video Suami Naik Angin, Tapi Ramai Netizen ‘Backup’ Suami Sebab…
Dalam laporan Buletin TV3, mengikut pertuduhan, dia yang bekerja kebun sawit didakwa menyimpan video dan gambar lucah dalam telefon miliknya di sebuah rumah di Sri Medan pada jam 11.15 malam, 23 Disember lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Difahamkan, polis menerima maklumat daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung pautan yang digunakan tertuduh yang mana ada kaitan dengan video dan gambar lucah dirakamnya.
Polis kemudiannya menyerbu rumah didiami tertuduh bersama ahli keluarga lain dan merampas telefon bimbitnya.
Hasil siasatan menemui beberapa gambar dan video yang dirakam tertuduh, dia kemudiannya mengaku bahan lucah tersebut adalah nenek, ibu saudara dan juga sepupunya.
Semua video dan gambar itu dirakam ketika mereka sedang mandi dan juga menyalin pakaian dalam bilik.
Berikutan itu, polis menahan tertuduh pada hari sama dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk siasatan lanjut.
Sumber: Buletin TV3