in

“Peh macam kad VIP!” – Lelaki ‘Flex’ Pasport Malaysia & Nombor Plat Sebab Nak Potong Barisan?

Samseng

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasport Malaysia dikatakan antara yang paling berkuasa di dunia dimana kita boleh pergi banyak negara tanpa Visa dan bebas ke mana sahaja kecuali Israel dan Korea Utara.



Namun malangnya ada yang mengambil kesempatan dengan menjadikan pasport negara sebagai ‘kad kuasa’ di atas jalan raya.

Tunjuk pasport sebab nak potong barisan

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai tindakan seorang lelaki yang dikatakan ingin ‘flex’ dengan menunjukkan pasport Malaysia kerana ingin memotong barisan.

Hantaran tersebut telah dikongsikan di laman Facebook Joanna Loh yang dikatakan berlaku di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Linkedua, Gelang Patah semasa dia dan kakaknya sedang memandu untuk masuk ke Malaysia dari Singapura.

Kejadian berlaku pada tengah hari dan dia menyatakan bahawa dia sudah tersangkut dalam trafik selama hampir 4 jam dan tiba-tiba ada kereta datang nak potong barisan. Mana la tak baran!

新加坡国庆日很多车辆来回,也必定塞车 早上七点就跟姐姐开车出发去关卡 八点出Tuas 关卡。一出关卡不久就开始塞车,塞了将近4小时了还要遇到这样lcly的路霸男司机 😂…

Posted by Joanna Loh on Friday, August 5, 2022

Kisahnya bermula apabila sebuah kereta Honda dengan nombor pendaftaran Malaysia telah datang dari arah kiri secara tiba-tiba dan bertindak memotong barisan.

Joanna juga dikatakan tidak memberi peluang kereta tersebut untuk memotong, namun apa yang mengejutkan lelaki tersebut bertindak menunjukkan pasportnya dengan melambai-lambai keluar dari tingkap kereta. Wah macam kad VIP!

Screenshot 2022 08 08 At 2.42.32 Pm

Dah lambai pasport Malaysia balik, lelaki tu keluar flex nombor plat pula!

Tidak berpuashati dengan kelakuan lelaki tersebut, Joanna bertindak menunjukkan pasport Malaysia miliknya, namun apa yang dilakukan lelaki itu kemudiannya lebih mengejutkan.

Lelaki tersebut bertindak keluar daripada keretanya dan menunjukkan nombor plat keretanya.

Screenshot 2022 08 08 At 2.43.57 Pm

Memetik laporan Utusan TV, Joanna pada masa itu menggunakan kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura dan mungkin lelaki tersebut ingat Joanna seorang warga Singapura.

Netizen luah kemarahan, minta lelaki itu diambil tindakan!

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa marah terhadap tindakan pemandu tersebut dan ada juga yang terhibur. Siap cakap nanti nak cuba buat! hahahaha..

“Dia sepatutnya akan dipenjarakan. Biar polis ajar macam mana nak guna pasport Malaysia dengan betul.”

Screenshot 2022 08 08 At 2.57.36 Pm

“Jadi, macam ni rupanya pasport Malaysia berfungsi.”

Screenshot 2022 08 08 At 2.58.05 Pm

“Nanti, saya nak cuba join dengan tunjuk pasport saya.”

Screenshot 2022 08 08 At 2.58.44 Pm

Bagi min, kita sepatutnya menjadi pengguna jalan raya yang bijak dan memikirkan pengguna lain. Tiada kuasa yang kita semua boleh gunakan semasa di atas jalan raya melainkan anda di dalam ambulans kecemasan ataupun dalam iringan pihak berkuasa.

Baca: “Perangai” – Kereta Tunku Temenggong Johor Kena Geser Dengan BMW Plat Nombor Singapura

Screenshot 2022 08 08 At 3.06.27 Pm

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.