Baru-baru ini, tular satu video seorang wanita menceritakan nasib malang yang menimpa dirinya, dia secara tiba-tiba didatangi oleh pihak polis sebelum ditahan reman atas perbuatan yang bukan dia lakukan.
Wanita yang merujuk dirinya sebagai Puan Dahlia ini ditahan di bawah Seksyen 375 atas tuduhan merompak secara berkumpulan. Waktu penahanan, wanita ini berada di depan rumah.
“Jeritan polis pada saya semasa siasatan takkan saya lupakan. Nak mengaku atas kesalahan yang tidak saya buat buat itu ternyata susah.”
Luahan yang dibuat menerusi akaun TikTok itu menarik perhatian netizen kerana membaca kisahnya sepanjang tempoh disoal siasat.
Dipendekkan cerita, ibu kepada 3 orang anak dan ada anak kecil bermur setahun yang masih memerlukan susu badan ini ditahan selama 3 hari 3 malam sehingga menyebabkan dia bengkak susu sebelum diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action) dan dibebaskan
Boleh baca cerita penuh Puan Dahlia di bawah ini.
@dhaliashah
Video yang telah meraih 2 juta tontonan dalam masa 2 hari itu telah menarik perhatian seorang peguam yang dikenali sebagai Mufarwa Faridz ini memandangkan kisah Puan Dahlia yang meruntun hati ini telah menjadi pertikaian netizen.
Umumnya, memang kita semua tahu bahawa polis ada hak untuk tahan reman, namun begitu beliau jelaskan dengan lebih teperinci kenapa tindakan polis itu betul walaupun ianya agak ‘kejam’ jika dilihat dari mata kasar kerana tangkap orang innocent.
Katanya, Puan Dahlia bukanlah satu-satunya individu yang terlibat dalam hal seperti ini, menurutnya, mereka memang ada kuasa untuk menahan seseorang selama 24 jam bagi menjalankan siasatan.
“Kalau siasatan masih tak selesai, mereka perlu memohon tambahan hari daripada Majistret pada keesokan harinya. Tambahan hari ini kita panggil sebagai ‘reman’. Reman ini boleh dijalankan sehingga 14 hari sahaja. Jika lebih daripada itu, pihak Polis tak boleh tahan lagi, dan orang itu akan dilepaskan dengan jaminan Polis.”
Tambahnya, majistret ada kuasa untuk bagi berapa lama tempoh suspek itu boleh direman. Beliau juga ada kuasa untuk tidak membenarkan reman itu.
“Waktu inilah Peguam mainkan peranan. Mereka akan ke Mahkamah bagi tidak membenarkan suspek direman. Masalahnya kalau Peguam buat benda ni, orang kata Peguam backup penjenayah.”
Oleh sebab itu, pihak polis takkan boleh diambil tindakan kerana mereka hanya jalankan tugas dan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Majistret. Kuasa mereka diperuntukkan dalam Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
“Kita hanya boleh saman pihak Polis jika penahanan itu dibuat tidak mengikut prosedur yang dibenarkan undang-undang.
Contohnya, ditahan melebihi waktu yang dibenarkan atau tidak diberitahu tentang pertuduhan ketika ditangkap. Ini kita panggil ia sebagai habeas corpus iaitu penangkapan yang tidak sah. Alasan ‘tak bersalah’, bukanlah satu alasan yang boleh diterima.”
Untuk fahami keterangan lebih lanjut boleh baca disini….
https://www.facebook.com/100000531772915/posts/5530877310273273/?d=n
Tidak dinafikan cerita daripada Puan Dahlia ini memang meruntun hati, namun begitu apa yang dibuat itu tiada apa yang salah, jadi apa yang kita dapat belah simpulkan adalah berdoa agar kita dihindari daripada perkara sebegini.
Baca : Lepas Kena Belasah Sebab Kutuk Orang M’sia Sokong Palestin, Remaja Kini Ditahan Reman