in

Lepas Kena Belasah Sebab Kutuk Orang M’sia Sokong Palestin, Remaja Kini Ditahan Reman

Collage 28

Sejak serangan ke atas Palestin yang berlaku baru-baru ini, rakyat Malaysia tak henti-henti memberikan sokongan mereka di media sosial hingga menyebabkan ramai orang Israel yang koyak lepas dikutuk habis-habisan.

Namun, ada juga beberapa orang yang terang-terangan tunjuk dorang tak setuju dengan sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap Palestin ini. Salah seorangnya adalah pengguna Facebook yang menggunakan nama “Meofisherman”.

Screenshot 2021 05 19 At 2.40.36 Pm 1

Remaja disebalik akaun tersebut sebelum ini telah memuat naik beberapa video provokasi menyuarakan kebenciannya terhadap sokongan orang Islam kepada rakyat Palestin serta mendakwa orang yang berikan sokongan ini tak cukup ilmu.

Tak cukup dengan itu, remaja ini turut mencabar orang-orang yang menyokong Palestin ini sehingga rumah keluarganya di Taman Sukma, Kuching telah diserbu oleh orang ramai.

Posted by Mohammad Firdouz on Monday, May 17, 2021

Ekoran dari ini, polis Sarawak telah pun menahan remaja berusia 18 tahun ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi, lapor Awani.

Kita telah mendapatkan perintah reman terhadapnya selama empat hari, sehingga 22 Mei.”

Pun begitu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail turut menegaskan yang pihaknya memandang serius dengan insiden di mana lebih 15 individu berkumpul beramai-ramai di rumah remaja tersebut kerana ianya juga turut melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang ditetapkan oleh kerajaan.

Malah ada antara mereka ini dikesan tidak menggunakan pelitup muka serta gagal melakukan penjarakan fizikal.”

Disebabkan ini, pihak polis turut membuka kertas siasatan di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2021 kerana telah terkesan melakukan aktiviti terlarang melebihi lima orang berkumpul beramai-ramai.

Tak cukup dengan itu, Aidi turut menasihatkan orang ramai supaya tak mengambil tindakan sendiri seperti di dalam kes ini dan serahkan kepada pihak polis.

 

Baca: “IndiaStandsWithIsrael” – Rakyat Negara India Sokong Israel, Tapi Kena Reject Dengan Kumpulan Pertahanan Israel?

Screenshot 2021 05 19 At 2.45.38 Pm