Berita yang amat menyedihkan. Utusan, akhbar berbahasa Melayu tertua di Malaysia bakal dihentikan operasi cetaknya esok (Rabu) selepas mengalami masalah kewangan yang teruk.
Menurut The Star, ia juga melibatkan penerbitan dari Kumpulan Utusan lain iaitu Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo!, dan Kosmo! Ahad.
Berikutan berita tergempar ini, hampir 100 pekerja Utusan Melayu Publication Berhad mengadakan demonstrasi di luar ibu pejabat syarikat itu bagi menuntut tunggakan gaji selama 3 bulan. Allahu…
Netizen tumpang bersedih, luah masalah kewangan semenjak diberhentikan
Kejadian yang menimpa Utusan sekaligus menimbulkan rasa sedih dan simpati di kalangan netizen yang ada di antaranya terkesan kerana tiada pekerjaan dan sumber kewangan yang kukuh.
Malah ada di kalangan netizen juga beremosi kerana akhbar Utusan pernah menjadi akhbar kegemaran mereka dan mempunyai kenangan manis bersama penerbitan tersebut.
Ada di kalangan netizen juga berpendapat, kecanggihan teknologi masa kini menjadi punca kepada krisis yang dihadapi Utusan kini.
“Diorang banyak bantu career Lofa dari awal. So, I want to return the favour” – Neelofa
Antara rakan artis yang prihatin dengan nasib yang menimpa Utusan ialah usahawan dan pengacara terkenal, Neelofa.
Neelofa menerusi posting di Twitter telah meluahkan rasa sedihnya di samping cuba membantu staf Utusan dengan membuka ruang posting Twitternya sebagai tempat mengiklankan pekerjaan.
Thanks @Neelofa. We really appreciate ur kind gesture.
— Utusan Malaysia (@UMonline) August 19, 2019
Dalam pada itu, penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza juga telah mengiklankan bantuan buat staf Utusan di posting Instagram miliknya.
https://www.instagram.com/p/B1WYs17H_3M/
Bagi mereka yang berkemampuan, korang bolehlah hulurkan bantuan kepada staf Utusan yang memerlukan ini seperti yang tertera di atas. Jasa dan pengorbanan korang pasti dikenang. Apa-apapun kita letaklah isu politik ke tepi dan cuba membantu mereka yang memerlukan.
Semoga masih ada sinar harapan buat Utusan.