in

PDRM Tawar Diskaun 50 Peratus Bayar Saman Online Mulai 18 Mei

Untitled Collage 527 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, ramai yang mengeluh punca pendapatan mereka terjejas. Lebih-lebih lagi menjelang ketibaan Hari Raya Aidifritri tak lama lagi ini, tentu ada dalam kalangan kita yang terpaksa berjimat cermat dalam berbelanja.


Nak beli apa pun serba-serbi tak kena, tu belum lagi bila tiba-tiba teringat ada saman trafik yang perlu dilangsaikan segera!

Jangan risau, menyedari dan memahami kekangan kewangan orang ramai ketika ini — Polis Diraja Malaysia menawarkan diskaun separuh harga untuk bayaran saman terpilih yang dibuat secara online bermula 18 Mei hingga 21 Mei ini.

Berita Harian melaporkan, pembayaran saman dalam talian itu perlu dibuat menerusi portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

191003 Polis Trafik Saman 1024X640 1

Selain itu, PDRM juga akan membuka kaunter perkhidmatan untuk tujuan pembayaran saman dan pembekalan dokumen kemalangan di semua ibu pejabat polis daerah dan kontinjen secara berperingkat, mulai 18 Mei ini bagi memudahkan urusan orang ramai.

Bagi kontinjen Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan — kaunter akan dibuka pada Isnin dan Rabu dari pukul 9 pagi hingga 2 petang serta Jumaat (9 pagi hingga 12 tengah hari).

Manakala bagi kontinjen di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu pula — kaunter akan dibuka pada Isnin, Rabu serta Ahad dari pukul 9 pagi hingga 2 petang.

Orang ramai dalam pada itu diminta mematuhi SOP PKPB yang ditetapkan.

 

Baca: Tak Perlu Minta Kebenaran PDRM, Rentas 3 ‘Negeri’ Ini Dianggap Perjalanan Antara Daerah

Capture 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.