Meskipun kegiatan menipu duit pelanggan yang dia buat dah pernah kantoi tahun lepas, tapi gadis scammer ni nampaknya tak serik-serik lagi!
Menurut Harian Metro, gadis yang pernah didapati menipu duit pelanggan dengan cara menjual tiket penerbangan yang murah tahun lalu masih melakukan kegiatan yang sama!
Seorang pegawai pemasaran jadi mangsa terbaru gadis berusia 23 tahun tu lepas dia kerugian sebanyak RM15,400 ditipu guna tiket flight palsu. Mohamad Syafarin Izarul Aiman Syairul Azli, 21, mula deal dengan gadis tu bulan Julai lalu dan ditawarkan tiket flight ke few locations di dalam dan luar negara dengan diskaun menarik.
“Wanita itu memaklumkan kepada saya bahawa dia boleh mendapatkan tiket penerbangan dengan diskaun 50 hingga 75 peratus daripada harga asal.
“Segala tempahan hanya dilakukan menerusi perbualan di aplikasi WhatsApp dan urusan pembelian akan dilakukan olehnya kerana dia mendakwa dirinya mempunyai hubungan kuat dengan pihak pengurusan syarikat penerbangan.”
Mula-mula flight Izarul dan keluarga dapat je tiket ke destinasi pilihan macam yang ditempah. Tapi masalah timbul lepas tempahan tiket flight seterusnya untuk keluarga makcik dia ke UK bulan lepas tak dapat-dapat!
“Dia berjanji untuk memberikan nombor tempahan tiket selewat-lewatnya seminggu atau tiga hari sebelum tarikh penerbangan.
“Selepas didesak, dia memberikan nombor tempahan tiket menerusi e-mel sehari sebelum penerbangan. Ibu saudara saya sekali lagi berdepan masalah apabila gagal mendaftar masuk dan saya pasti nombor tiket itu adalah palsu.”
Bila dah tahu tiket tu palsu, Izarul minta gadis tu pulangkan balik duit booking dia sebanyak RM11,500 tapi rupanya memang licik permainan scammer ni.
“Dia sangat licik dan hanya memberikan salinan transaksi palsu pemulangan wang selepas ibu saudara saya membuat semakan ke atas akaun banknya.
“Bukan hanya tiket itu, saya juga ditipu dengan tiket ke Kota Kinabalu berjumlah RM1,300, Sydney bernilai RM1,500 dan 20 tiket penerbangan domestik berjumlah RM1,100.”
Pernah kantoi buat kerja scam yang sama tahun lepas!
14 Mac 2017, Harian Metro ada melaporkan kegiatan gadis tu perangkap lebih 100 mangsa dalam tempoh hampir setahun secara online. Difahamkan, dia berjaya tipu ramai orang sehingga cecah RM20 juta dengan menggunakan nama syarikat World Tour Scape. Wehhh bapak banyak!
‘Pancing’ student Malaysia di luar negara untuk jadi ejen
Siapa taknak side income kan? Lebih 2,000 pelajar dan ejen pelancongan termasuk dalam perangkap gadis licik ni. Gadis tu menipu dengan menjanjikan komisyen dekat dorang kalau berjaya jual tiket. Antara ejen pelancongan popular yang jatuh dalam perangkap dia adalah Akasia Travel & Tours Sdn Bhd. Dorang sampai terpaksa buat press conference untuk bersihkan nama syarikat tau!
Ni senarai ejen gadis tu:
Laporan polis dah dibuat oleh Izarul pada 6 Oktober lalu di Balai Polis Dang Wangi. Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah, kes berkenaan kini dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk tindakan lanjut.