in

“Patutlah mesra semacam!” – Wanita Kecewa Mak Sendiri Rampas Suami Lepas Ajak Ikut Pergi Honeymoon

Collage 43

Tak tahulah macam mana kecewanya perasaan wanita ni bila suaminya dirampas oleh wanita lain, dan wanita tersebut adalah ibunya sendiri.

Lauren Wall yang berasal dari London ini telah berkahwin dengan suaminya, Paul White, seorang pekerja di lapangan terbang ketika wanita ini baru je berusia 19 tahun lapor Daily Mail.

Ibunya, Julie telah menanggung kos perkahwinan pasangan ini dan memberikan Lauren majlis perkahwinan impiannya. Kerana rasa terhutang budi, Lauren telah mengajak ibunya sekali untuk pergi berbulan madu.

23588410 7904325 Image A 32 1579430761455
Sumber: daily mail

Lapan minggu kemudian, Paul telah pindah keluar dari rumah dan sembilan bulan kemudian, ibu Lauren melahirkan anak Paul dan umumkan yang mereka kini dah bersama.

Paul memang sentiasa mesra dengan mak saya, tapi saya tak ada fikir yang pelik-pelik dan ingatkan dorang hanya mesra sebagai mentua dan menantu.”

Lauren menceritakan, dia tak sabar nak menjalani kehidupan bersama dengan Paul, tapi beberapa minggu selepas itu, perangai lelaki ini mula berubah.

Paul mula takut untuk lepaskan telefon bimbitnya dan empat minggu kemudian bila adik Lauren pinjam telefon ibu mereka, dia terlihat mesej antara Julie dan Paul.

Ketika ditanya, Julie menafikan dakwaan tersebut manakala Paul pula pucat dan tak nak berikan telefonnya kepada Lauren.

Lauren
Sumber: daily mail

Beberapa hari kemudian, Paul telah menanggalkan cincin kahwinnya dan keluar dari rumah meninggalkan isteri dan anak perempuan mereka yang baru berusia tujuh bulan.

Kemudian, wanita malang ini dapat tahu, suaminya telah berpindah ke rumah ibunya sendiri dan kecewa bila dia tahu orang yang dia sayang dan percaya telah mengkhianati dirinya.

Saya rasa jijik. Ini adalah perkara paling teruk seorang ibu boleh buat pada anaknya.”

Menurut Lauren, Paul mungkin seorang lelaki yang tak ada perasaan, tapi apa alasan ibunya? Bukan ke tanggungjawab seorang ibu itu adalah untuk melindungi anak?

Lauren kemudian mengimbau saat dia dengar khabar angin yang suaminya tinggal di rumah ibunya dan kemudian dia terserempak dengan ibunya dengan perut yang kelihatan seperti mengandung.

Masa saya terserempak dengan dia dan tegur perutnya. Dia cakap itu adalah ketumbuhan. Saya balik ke rumah dan musnahkan semua gambar perkahwinan kami.”

Sembilan bulan kemudian, Julie beranak dan mengatakan yang itu adalah anak teman lelakinya sebelum ini namun tak lama selepas itu, Julie dan Paul mengumumkan percintaan mereka kepada umum.

23595938 7904325 Image M 50 1579447653028
Sumber: daily mail

Tak cukup dengan tu, lima tahun selepas itu, Julie berkahwin dengan Paul dan Lauren terpaksa menghadiri perkahwinan bekas suami dan ibunya itu kerana memikirkan perasaan anak perempuannya.

Saya tengok ibu saya kahwin dengan lelaki yang saya kahwin lima tahun lepas.”

Menurut Lauren, ibunya cuba untuk berbaik dengannya, tapi dia tak boleh nak terima walaupun dia cuba. Manakala Paul pula, tak pernah minta maaf atas apa yang berlaku.

Saya dan ibu saya cuba untuk berbaik tapi hubungan kami tak akan sama macam dulu dan saya tak akan percayakan dia lagi.”

Julie, bila ditanya, dia hanya berkata yang dia dah pun berkahwin dan tak pernah ada affair dengan bekas menantunya.

Kami dah berkahwin. Itu sahaja.”

Manakala Paul pula tak mahu komen tentang apa yang berlaku. Lauren kini dah pun berkahwin dengan lelaki lain dan kini sedang mengandung anak keempat mereka.

Amboi, senang je eh mak dia? Macam manalah Paul ni nak explain kat anak-anak pasal relationship dorang?

 

Baca: “Ayah kata ada kerja outsation, rupanya…” – Gadis Ini Dedah Ayahnya Curang, Tapi Bila Selidik Dia Cuma ‘Bergurau’?

Screenshot 2020 01 21 At 12.30.56 Pm