in

“Sedihnya…” – Warga Emas Hidup Susah, Isi Minyak 64 Sen Je Sehari Buat Ramai Simpati

Ft Sedih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap manusia pasti akan diuji dengan pelbagai ujian, ada yang diuji dengan kesempitan hidup, ada yang diuji dengan kehilangan orang tersayang dan banyak lagi. Namun, kita haruslah akur dengan ketentuan Yang Esa.


Seperti perkongsian @Geehan’s Nurjehan di Facebooknya, dia telah menjadi saksi kepada kesempitan warga emas yang mengisi minyak motornya dengan 64 sen sahaja.

Sedih E1630312851165

Menerusi perkongsiannya, Geehan berkata, warga emas itu meceritakan bahawa kebiasaannya dia akan mengisi minyak motornya sebanyak RM1.50 sehari bagi menampung keperluan motosikalnya tiap hari.

Bagaimanapun, pada hari kejadian, dia hanya mempunyai 64 sen dalam poketnya untuk mengisi minyak selain mencari pekerjaan lain. Dia juga menjelaskan dia hanya boleh bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Kalau kita rasa susah, ada lagi yang lebih kurang daripada kita, pada kita 60 sen macam tak ada nilai, tapi untuk pak cik ni sangat bernilai”

Geehan berkata lagi, pak cik itu memberitahunya bahawa dia tidak sanggup lagi hidup dalam kesusahan.

Perkongsian tersebut telah mendapat banyak reaksi netizen. Rata-rata mereka turut bersimpati dengan nasib yang menimpa pak cik ini dan mereka berdoa agar pak cik ini sentiasa dimurahkan rezeki.

Susulan perkongsian itu juga, ramai pengguna Facebook yang berminat untuk membantu warga emas tersebut telah berhubung dengan Geeehan. Bagaimanapun posting Geehan itu buat masa ini tidak boleh dilihat kerana dalam mod privasi.

Min doakan agar pak cik tu sentiasa dimurahkan rezeki dan dilindungi oleh Allah swt.

Baca: “Hantar order door to door viral” –  Bekas Menteri Afghanistan Kini Jadi Penghantar Pizza Di Jerman

Ft Bekas Menteri Afghanistan Jadi Penghantar Piza E1630314191336

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.