Seorang murid berusia 10 tahun patah kaki kanan pada 6 bulan lalu kerana telah dikasari oleh guru kelas al-Quran dan fardu ain (KAFA) di Kuala Terengganu.
Disebebkan itu, mangsa Muhammad Izz Anaqi Mohd. Izwan, 10, bersama ibunya, Nor Azlina Mohamad Yasin, 37 memfailkan saman sivil dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM410,000 terhadap Ahmad Mursyidin Abdullah, 38, dan Yayasan Islam Terengganu sebagai majikan defendan pertama.
Kena hempas dekat kerusi, tak boleh jalan balik rumah
Menerusi Kosmo! writ saman sivil itu difailkan menerusi peguam, Mohd. Hazwan Hamidun dari Tetuan Rafaei & Co di Mahkamah Sesyen hari ini.
Menurut penyataan tuntutan, mengsa dihempas oleh guru tersebut ke atas kerusi kira-kira jam 3.30 petang pada 6 Julai 2022.
Menurut sumber, ia dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati Ahmad Mursyidin terhadap mangsa yang bermain dengan rakan-rakan lain di belakang bilik darjah.
Disebabkan itu, Muhammad Izz Anaqi tidak dapat berjalan pulang ke rumah, oleh itu, dia telah dirujuk di sebuah klinik swasta yang mengesahkan kaki kanannya patah berdasarkan imbasan x-ray.
https://www.facebook.com/watch/?v=903535611078830
Sebagai rujukan, pada 14 Julai lalu, seorang ibu mahu pembelaan terhadap anak lelakinya berusia 9 tahun kerana mendakwa bahawa anaknya dicederakan defendan pertama hingga patah kaki sebelum membuat laporan polis pada 8 Julai tahun lalu.
Ahmad Mursyidin kemudiannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Marang pada 12 Oktober lalu atas pertuduhan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.