Pasangan Tunggang Motor Kapcai Rentasi 23 Negara Sambil Kibar Jalur Gemilang

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Beberapa hari sahaja lagi, kita akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke-60 dan kali ini kerajaan Malaysia telah menetapkan tema Negaraku Sehati Sejiwa untuk menunjukkan betapa pentingnya perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia bagi menentukan masa depan negara agar lebih gemilang, stabil dan aman damai.

Gambar hiasan

Bagi menghormati tarikh keramat ini, rakyat Malaysia sudah pun mula mempamerkan sikap patriotik mereka dengan mengibarkan Jalur Gemilang di kereta, rumah dan pejabat. Lagu-lagu kemerdekaan juga sudah mula dimainkan di corong radio.

Perkara yang sama juga dilakukan oleh sepasang suami isteri ini apabila mereka mengambil pendekatan yang lebih patriotik iaitu dengan menjelajah ke lebih 23 negara dengan menaiki motor “kapcai” mereka sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Ini memang patriotik habis!

Sumber: The Malay Mail

Menurut MMO, London telah menjadi pilihan seorang bekas pekerja bank Mohd Alfishahrin, 31 dan isterinya, Diana Latief, 30 untuk mengibarkan Jalur Gemilang kerana di situlah termeterai Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

“Selain itu, saya berhasrat mengibarkan Jalur Gemilang di London pada 31 Ogos ini bersempena bulan kemerdekaan negara kita.”

Sumber: The Malay Mail

Pasangan tersebut yang mula menjelajah pada 28 April lalu, kini berada di Jerman dengan menaiki motosikal mereka yang berkapasiti 150cc di bawah program inspirasi Anak Muda Bebas Dadah Persatuan Mencegah Dadah Malaysia Selangor.

“Kami turut mengeluarkan modal sendiri hampir RM40,000 untuk jelajah ini.”

Pengalaman yang paling tidak boleh dilupakan ialah ketika mereka melalui Chang La di India, iaitu laluan ketiga tertinggi di dunia dan berdepan dengan ribut salji.

“Pengalaman berjumpa rakyat pelbagai bangsa dan agama juga adalah sesuatu yang tidak dapat kami lupakan dan ramai yang tidak sangka kami menjelajah dengan menggunakan motosikal kapcai kerana rata-ratanya semua yang menjelajah menggunakan motor berkuasa besar.”

Sebelum ini, Mohd Alfishahrin juga pernah menunggang secara solo ke 1000 Corner Thailand pada 2015 dan ke tujuh sempadan negara iaitu Thailand, Myanmar, Laos, China, Vietnam, Kemboja dan Singapura pada 2016.

Semangat patriotisme yang macam inilah kita mahukan dari rakyat Malaysia. Sanggup merentasi benua Asia dan Eropah untuk mengibarkan Jalur Gemilang kebanggaan rakyat Malaysia. Respek!

Baca: Warga Emas Berbasikal Sejauh 10,000KM Dari Switzerland Ke Malaysia Untuk Bertemu Rakan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nabilla Raihan

Seorang yang ambivert dan kreatif dari segi penulisan dan lukisan. "On time" dan "goal driven" adalah moto yang sering diketengahkan gadis ini.