in

Parti Pejuang Tanah Air : Tun M Akhirnya Umum Nama Parti Baharu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas seminggu pengumuman hasrat Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menubuhkan parti baharu, akhirnya semalam dengan rasminya beliau telah memperkenalkan nama parti baharunya itu iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).


Pengumuman itu dilakukan semalam di sebuah majlis bagi memperkenalkan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim bagi parti tersebut.

Tun M ada berkongsi matlamat dan iltizam beliau dalam mengemudi parti ini untuk menjadikan parti ini bersih dan dapat mengembalikan kepercayaan bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) agar menyokong parti Pejuang.

“Parti ini mesti bersih, bukan parti kudapan, sebab itu saya harap mereka yang sudah tinggal BERSATU sudah jadi blackout boleh cerah balik, masuk Parti Pejuang Tanah Air.”

Bertanding PRK DUN Slim

Parti Pejuang memulakan langkah pertama perjuangan mereka dengan meletakkan calon bagi PRK DUN Slim. Calon yang telah dilantik ialah Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang merupakan seorang peguam.

Walau bagaimanapun, disebabkan parti ini masih baharu dan belum didaftarkan, Amir Khusyairi akan bertanding di atas tiket calon Bebas terlebih dahulu.

Tun M juga menegaskan bahawa parti yang ditubuhkan ini bukan untuk memecah-belahkan kaum Melayu bahkan memberi peluang kepada orang Melayu untuk memilih parti yang akan memperjuangkan hak mereka. Lapor Astro Awani

 

Baca: “Saya nak tubuh parti baharu ganti BERSATU” – Tun M Nak Tubuh Parti Baharu Untuk Angkat Perjuangan Melayu

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.