Sebelum ni mungkin pelawak wanita kurang di kenali dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Namun, sejak beberapa tahun ini, Jihan Muse yang memang dikenali sebagai ratu parodi Malaysia tidak boleh di nafikan dengan bakatnya dalam membuat netizen terhibur.
Tapi, baru-baru ini, bakat baharu semakin di cungkil dari penyanyi bergenre pop irama Malaysia dan dangdut iaitu Shiha Zikir.
Dia memang sudah dikenali dengan bakat nyanyiannya yang lunak dan merdu serta pernah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian di Indonesia.
Bukan itu sahaja, Shiha kini sudah berjinak-jinak dalam bidang industri lawak tanah air. Sebelum ini dia pernah menyertai rancangan Muzikal Lawak Superstar dan kini sudah melakonkan watak parodi dalam parodi Meletop.
Shiha telah melakonkan watak sebagai Elly Mazlein atau lebih mesra di panggil Kak Lina Pom Pom sempena majlis perkahwinannya.
Dia yang di bantu oleh Jiha Muse yang melakonkan watak sebagai wartawan kelihatan cukup selesa membuat parodi watak Kak Lina.
Dari segi gaya, lagak, percakapan, boleh dikatakan semuanya hampir sama macam gaya daripada Kak Lina sendiri.
Bukan itu sahaja, Jihan turut meninggalkan komen di ruang Instagram Shiha yang mengatakan bahawa dia bangga dengan Shiha sebab bila di beri watak apa sahaja dia mampu membawanya dengan baik.
Rata-rata netizen terhibur dengan lakonan yang ditunjukkan oleh Shiha dan tidak menyangka bahawa penyanyi itu boleh menjadi pelawak.
“Parodi ni best!”
“Shiha memang serba boleh!”
Korang dah tengok ke belum? Tapi memang menjadi dia tiru gaya Kak Lina.