in

Parkir Hotel Berbau Busuk Macam Bangkai Lepas 3 Tahun Tidak Beroperasi, Rupanya…

Ft Mayat Busuk Parkir Hotel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bau busuk yang datang dari bahagian parking aras bawah sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan ini telah menjadi persoalan sehinggalah seorang kakitangan hotel tersebut menjumpai mayat di kawasan itu.


Staf hotel tersebut telah menjumpai mayat itu kira-kira jam 9 pagi ketika dia sedang membuat pemantauan sebelum proses mengepam air dibuat pada aras tersebut yang dinaiki air hujan.

Dia memberitahu, bau busuk itu sudah biasa dihidu memandangkan hotel tersebut sudah tiga tahun tidak beroperasi dan kini sedang berada di dalam proses membuka semula premis berkenaan.

Hm23Pam 1684850006

“Ketika membuat pemantauan, saya terhidu bau busuk dari aras bawah dan menyangkakan ia bau bangkai haiwan kerana banyak yang mati kerana hotel ini sudah lama tidak beroperasi.”

“Bagaimanapun, saya cuba mencari arah bau busuk terbabit dan ternampak mayat seorang lelaki berpakaian lengkap di satu penjuru sebelum menghubungi pihak polis,” jelasnya.

Tambah saksi, meskipun hotel terbabit tidak beroperasi sejak tiga tahun lepas namun pemantauan tetap dijalankan termasuk kerja mengepam air di aras bawah yang dilakukan sebulan sekali.

1150049

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes berkenaan.

Mayat telah dibawa keluar dengan kerjasama anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu serta dihantar menggunakan kenderaan polis pada jam 6.20 petang untuk proses bedah siasat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Namun, difahamkan identiti mangsa masih belum dapat dikenali.. Al-Fatihah..

Sumber : Harian Metro

Baca : “Ada kesan jerut, disumbat dalam bagasi” – Ahli Perniagaan Ditemukan Maut Di Cerun Setinggi 27 Meter

Ahli Perniagaan Dibunuh 728X383 1

Sumber: Harian Metro
Sumber: Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.