Menjadi seorang ayah bukan perkara mudah. Tanggungjawabnya besar, lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal menyara keluarga.
Baru-baru ini, filem animasi Papa Zola The Movie menjadi bualan ramai kerana filem itu memaparkan kisah seorang ayah yang sanggup bekerja keras demi keluarganya.
Sebuah video yang dimuat naik oleh TikToker @leeroywong28 atau lebih dikenali sebagai Abang Roy mencuri perhatian ramai apabila dia bertemu dengan ‘Papa Zola’ yang sebenar.
Artikel berkaitan: Hantar Anak Ke Rumah Anak Yatim Untuk Bagi Kesedaran, Cara Didikan Johan Dan Isteri Dapat Pujian Ramai
Artikel berkaitan: “Ayah rindukan kamu” – Luahan Kamal Adli Terhadap Hawra Undang Sebak
Menerusi video berdurasi 4 minit itu, Abang Roy dilihat membantu seorang ayah yang mencari rezeki dengan menjual roti john di tepi jalan bersama dua anaknya. Meskipun masih kecil, anak-anaknya dilihat gigih membantu ayah mereka berniaga demi menyara keluarga.
Tonton video penuh di bawah
@leeroywong28 Terjumpa Papa Zola yang sebenar. Bukan senangnya untuk jadi seorang ayah yang ingin bagi yang terbaik untuk anak mereka. Mereka tak pernah rasa letih. #papazola #malaysia #fyp ♬ original sound – Abang Roy
Semasa berbual dengan anak-anak abang roti john itu, Abang Roy bertanya sama ada mereka pernah rasa letih berniaga bersama ayah mereka. Namun, jawapan mereka buat ramai tersentuh apabila mereka berkata tidak penat pun bantu ayah cari rezeki.
Dalam momen membantu menjual roti john itu, Abang Roy sempat bertanya kepada anak lelaki abang roti john mengenai apa yang akan dilakukan sekiranya roti john tidak habis dijual.
“Saya beli. Kadang-kadang ada orang bagi duit”
Jawapan yang diberikan oleh anak lelakinya sungguh menyentuh hati. Walaupun masih kecil, anak lelakinya sanggup membeli semua roti yang tak habis untuk ringankan beban ayahnya.
Di hujung video, Abang Roy memaparkan video jawapan anak lelaki abang roti john, dan reaksi bapanya buat ramai tersentuh. Abang roti john berkata dia berasa sangat terharu dengan tindakan anaknya itu.

Menerusi ruangan komen, ramai netizen yang sebak melihat perjuangan abang roti john seakan ‘Papa Zola’ yang sebenar. Ada juga yang memuji sikap anak lelaki abang roti john yang sanggup membantu ayahnya dalam mencari rezeki.


Sumber: TikTok
