in

Panik Suami Kekasih Balik Rumah, Lelaki Terjatuh Dari Tingkat 4 Ketika Cuba Larikan Diri

Collage 31

Seorang lelaki berusia 46 tahun ditemui meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Bemban, Melaka akibat kecederaan parah di kepala.

Memetik laporan dari Utusan, mangsa yang juga merupakan seorang duda terjatuh kerana cuba melarikan diri selepas dicekup berkhalwat oleh suami kekasihnya.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superitenden Mispani Hamdan berkata, mangsa telah datang ke rumah kekasihnya yang juga saksi kejadian pada pukul 12 malam selepas suaminya keluar dari rumah dan bermalam di sana bersama tiga anak wanita tersebut.

Pun begitu, pada pukul 10.30 pagi semalam, suami kekasihnya itu tiba-tiba pulang ke rumah dan melihat mangsa bersama isterinya sedang duduk di ruang tamu.

Whatsapp Image 2022 06 26 At 7.32.47 Pm 750X461 1

Suami saksi mengunci pintu gril hadapan rumah menyebabkan pasangan itu terperangkap dan dia menghubungi pihak polis.

“Saksi meminta si mati berunding dengan suaminya, namun, lelaki itu nekad melarikan diri dengan mengikat seutas dawai ampaian di besi palang pada bahagian koridor untuk berpaut turun.”

Percubaan melarikan diri itu dilihat saksi dari jauh sebelum dia terdengar bunyi dentuman dari luar koridor.

Saksi melihat ke bawah dan mendapati lelaki tersebut telah tertiarap di atas tanah dan tidak bergerak.

“Pemeriksaan fizikal ke atas mayat si mati mendapati terdapat kesan tanah dan darah di bahagian muka dipercayai dia jatuh dalam keadaan terhempap, lengan kiri mangsa juga patah.”

Ketika memberikan keterangan, wanita tersebut mengatakan yang dia telah berkenalan dengan mangsa pada tahun 2005 sebelum berpisah dan membuat haluan masing-masing.

Namun, apabila si mati bercerai dengan isterinya pada 2017, lelaki itu telah mencarinya semula untuk menjalinkan hubungan walaupun tahu status wanita tersebut.

Hubungan si mati dengan saksi adalah secara sembunyi tanpa pengetahuan suami saksi. 

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.”

 

Baca: Ibu 2 Anak Kongsi Kisah Hitam 14 Tahun Lalu, Ditangkap Basah Ibu Bapa Dalam Bilik Sendiri

Fi Khalwat