Semakin hari, semakin banyak kes berkaitan pergaulan bebas yang kita dengari dan yang paling terok apabila ada sampai yang telanjur. Kan dapat malu dekat situ.
Selalunya mereka yang sudah ditangkap basah itu mesti akan dipaksa untuk berkahwin bagi mengelakkan dari keluarga mendapat malu.
Seakan sama dengan kisah ini, apabila seorang wanita berkongsikan tentang kisah hitam yang pernah berlaku dalam hidupnya.
Kena tangkap basah masa umur 15 tahun
Perkara ini diceritakan oleh seorang wanita berusia 29 tahun kepada aktivis sosial Syed Azmi, dan dimuat naik di akaun Facebooknya.
Menurut wanita tersebut, kejadian ini berlaku 14 tahun lalu dimana dia telah ditangkap basah bersama teman lelakinya berumur 17(ketika itu) oleh ibu bapanya sendiri.
Hal ini bermula apabila ibunya berasa hairan kerana dia mengunci dirinya di dalam bilik, sedangkan dia tak pernah berbuat sedemikian. Lagi mengejutkan, bila dia ditemukan dalam keadaan tanpa seurat benang pun.
Kerana syak wasangka yang tinggi, ibunya memanggil ayahnya masuk ke bilik dan terus memeriksa bilik tersebut. Alangkah terkejutnya bila ayahnya menemui teman lelakinya yang sedang bersembunyi di bawah katil.
Seminggu tak datang sekolah
Oleh sebab itu, mereka telah dipukul oleh ayah wanita tersebut dan dilaporkan ke pejabat agama untuk tujuan kaunseling.
Disana, dia telah disindir oleh ustazah disana kerana telah mencemarkan nama baik keluarganya.
Kerana berasa terlampau malu, dia tidak hadir ke sekolah selama seminggu. Dia yang juga antara pelajar contoh di sekolah, telah disindir oleh gurunya.
Selain itu, dia juga mendapat kata-kata lucah dari gurunya yang mengatakan lebih baik wanita ini melakukan perkara terkutuk itu bersamanya.
Ibu bapa tak suruh nikah
Apa yang membuatkan wanita ini bersyukur, dia tidak dipaksa oleh ibu bapanya untuk berkahwin dengan lelaki tersebut.
Hal ini juga kerana ibu bapanya yang kenal dengan perangai anak perempuannya itu dan yakin bahawa dia akan berubah.
Akhir sekali, dia berkata yang dia tak boleh bayangkan apa nasibnya kalau dia berhenti sekolah dan bernikah dengan lelaki itu.
Kita amiklah kisah ni sebagai pedoman okay.
Sumber : Facebook