in

Panduan Bagi Penduduk Zon Hijau Jika Ingin Rentas Negeri

Zonhijau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam sidang akhbar harian PKPB/PKPP oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri hari ini ada menjelaskan mengenai rentas negeri di tempat-tempat zon hijau. Ini memandangkan masih ada negeri di dalam PKPB.


Kata beliau, ia bagi membantu industri pelancongan tempatan yang terkesan akibat PKPB ini. Ada beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu:

  • Negeri yang diisytiharkan zon hijau juga boleh rentas daerah.
  • Mereka yang tinggal di Zon Hijau dan ingin ke tempat Zon Hijau dibenarkan tanpa perlu meminta kebenaran pihak polis.
  • Mereka yang tinggal di Zon Hijau dan ingin ke negeri Zon Hijau lain tetapi perlu rentas ke negeri Zon Merah juga dibenarkan dengan syarat kena ada travel pass, minta surat kebenaran polis untuk memastikan lokasi destinasi.
  • Misalnya dari Pahang nak ke Johor, kena lalu Negeri Sembilan yang masih dalam zon merah. Itu dibenarkan dengan memiliki travel pass daripada pihak polis.
  • Mereka yang tinggal di kawasan Zon Hijau tapi dalam negeri Zon Merah dan ingin ke tempat Zon Hijau lain, perlu mendapatkan kebenaran polis.

 

Baca : [TERKINI] PKPB Di Kedah, Melaka & Johor Ditamatkan Esok Kecuali Di Beberapa Daerah Ini

Pkpb 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.