Pakcik Ini Disuruh Undi BN Sebelum Dapat Wang Cabutan Bertuah RM25,000

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Pakcik Ini Disuruh Undi BN Sebelum Dapat Wang Cabutan Bertuah RM25,000

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

Fuh! Kalau korang diberi peluang untuk dapat wang berjumlah RM25,000 secara cash, korang nak tak? Rasanya kebanyakan akan cakap nak sebab dalam dunia sekarang, ‘CASH is KING’ kan? Emmm…

Namun dalam situasi menjelang pilhan raya ni, kalau ada sesiapa yang memberi wang dalam jumlah yang banyak dengan niat ‘saja-saja’, ia boleh dikira sebagai rasuah tau! Menerusi perkongsian anak kepada Tun M, Marina Mahathir di Facebook, satu video menunjukkan sebuah majlis yang diadakan oleh Barisan Nasional (BN) bersama rakyat di Sekincan, Sungai Besar.

Pakcik dapat RM25,000 tunai! 

Majlis yang dihadiri Jamal Yunos dan barisan pelawak terkenal seperti Azlee dan Abon ni memberikan hadiah cabutan bertuah kepada seorang pakcik Cina yang baru memenanginya. Nak tahu apa hadiah cabutan bertuah tu? RM25,000 tunai! Wow!!

Sumber: Facebook

‘Anda sokong Barisan Nasional?’

Namun sebelum mendapat hadiah wang lumayan, pakcik tersebut disoal dengan beberapa pertanyaan daripada pelawak Azlee.

“Adakah anda sokong Barisan Nasional?” 

“Memang!” jawab pakcik tersebut bersemangat.

“Apakah perasaan dapat RM25,000?” 

“Terlalu gembiraaa!” kata pakcik tu lagi.

Admin pun gembira kalau dapat RM25,000 secara cash wehh! 

Sebelum wang tunai tersebut disampaikan kepada pemenang, ahli-ahli BN yang berada di atas pentas melaungkan slogan seperti ‘Barisan Nasional hebat’, ‘Sekincan hebat’ dan ‘Sungai Besar hebat’. 

Sumber: Facebook

Netizen beri respon negatif berkaitan video

Rakaman tersebut rata-rata mendapat kecaman daripada netizen yang berpendapat sikap ‘murah hati’ BN itu boleh dianggap seperti memberi rasuah kepada rakyat supaya menyokong parti tersebut. SPR kena take note ni! 

Sumber: Facebook

Ada jugak dalam kalangan netizen yang menasihati supaya pakcik tersebut ambil saja wang itu, tapi nanti masa PRU undi je parti lain. Opss!

Sumber: Facebook

Apa-apapun kami salute lah dengan sikap ‘murah hati’ parti BN bagi wang tunai lumayan kepada rakyat. Diharapkan program seperti ni diadakan lebih kerap dan banyak di kawasan-kawasan yang berdepan dengan masalah kemisikinan.

Admin pun nak join cabutan bertuah tu! 

Baca: [VIDEO] Pegawai BN Didakwa Rasuah Pendatang Asing Dengan Lesen Bisnes dan RM3,000 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!