Malam tadi, sebuah forum bertajuk “Dilema Poket Mahasiswa” telah berlangsung di Hub Teach For Needs (TFTN) di Bangsar yang dihadiri oleh barisan panelis yang hebat.
Pelbagai topik berkaitan telah dikupas sepanjang forum itu yang membuka minda pendengar mengenai ekonomi untuk mahasiswa di Malaysia. Menurut FMT, semasa forum tersebut berlangsung pakar ekonomi itu telah menyarankan mahasiswa untuk bekerja part time.

Bukan sekadar kerja part time yang biasa, beliau mencadangkan supaya mereka bekerja sebagai ‘floor engineer’ atau tukang cuci di universiti bagi menjana pendapatan sampingan.
Pensyarah kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Yusof Saari berkata cadangan ini akan menguntungkan dua-dua pihak terutamanya universiti yang menghadapi pemotongan peruntukan kerajaan.

Kata Dr. Mohd Yusof, beliau sering melihat pekerja warga asing membuat kerja mencuci di UPM pada waktu pagi.
“Jadi, saya punya salah satu pendekatan gantikan mereka ini dengan mahasiswa. Mesti ada mahasiswa yang nak bekerja, ke anda tak nak bekerja?”
Bukan itu sahaja, beliau berkata mahasiswa membuat pekerjaan sambilan sebagai tukang cuci boleh mengurangkan pergantungan kepada pekerjaan asing dan pengaliran keluar wang ke negara lain.
“Daripada kita bagi kepada mereka, kita juga boleh jimat, kita upah mahasiswa buat. Kenapa tidak memikirkan perkara-perkara tersebut kepada pihak universiti.”

Selain itu, beliau juga turut berminat untuk menjadi ‘floor engineer’ sekiranya diberikan peluang kerana merupakan pekerjaan yang sihat.
“Kalau saya diberi peluang, saya pun nak kerja jadi ‘floor engineer’. Sihat pun sihat, naik 3 tingkat, turun ke bawah seronok juga.”
Beliau juga memberitahu bahawa universiti di luar negara telah mempraktikkan cara ini dengan membenarkan pelajar mereka untuk pekerja part time sebagai tukang cuci.
Bagus jugak buat part time sambil belajar ni.
Baca: Dulu Ketuk Pintu Bilik Asrama Jual Buah Potong, Kini Mahasiswa Miliki Cawangan Perniagaan Sendiri