in

Dulu Ketuk Pintu Bilik Asrama Jual Buah Potong, Kini Mahasiswi Miliki Cawangan Perniagaan Sendiri”

Sh10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang sekarang inginkan duit dengan cara yang mudah. Tetapi tidak bagi gadis berusia 23 tahun ini yang sanggup bersusah payah dalam mencari duit bagi meringankan beban ibu bapanya.


Siti Hajar Abdul Wahab merupakan mahasiswa tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam di Universiti Malaya dan berniaga adalah sesuatu yang tidak asing baginya. Ini adalah kerana sejak dari sekolah menengah lagi dia sudah menjinakkan diri dalam bidang perniagaan bagi membantu ibu bapanya yang menoreh getah untuk menampung adik beradiknya yang lain juga.

Sh3
sumber: berita harian

Menurut Berita Harian, sejak di sekolah lagi Siti Hajar telah buang sifat malu dan mula mengetuk pintu-pintu bilik asrama untuk menjual buah potong serta meninggalkan kotak berisi maggi di sebelah tangga untuk dijual.

Siti Hajar sebelum ini tersilap dalam mengisi borang permohonan pinjaman pendidikan, lalu mengambil jalan untuk mencari rezeki sendiri. Dia pada mulanya telah bekerja sambilan di kedai buku Akademi Pengajian Islam bagi mengumpul modal untuk menyewa tapak berniaga di Akademi Pengajian Islam. Berbekalkan duit modal itu, dia mula menjual produk asam dan jeruk di Akademi Pengajian Islam serta menjalankan perniagaan kemeja-T Muslimah secara online.

Sh8
gambar hiasan

Dahulu, Siti Hajar juga pernah mengambil stok sebanyak 100 helai pakaian dan menaiki pengangkutan awam sambil membawa bungkusan pakaian yang berat.

Selepas melipat dan membungkus dengan kemas, saya menggagahkan diri mengangkutnya, biarpun berat serta dipandang orang ramai. Kadangkala menitis juga air mata apabila terkenangkan waktu itu,” katanya.

Kini, selepas setahun berniaga di Akademi Pengajian Islam, Siti Hajar telah pun berjaya membuka cawangan sendiri dengan menjual asam dan jeruk di Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah di Universiti Malaya. Bukan itu sahaja, dia juga kini mempunyai pekerja sambilan bagi membantunya dalam pengurusan perniagaan.

Sh4
Sumber: berita harian

Menurut Siti Hajar, dia merancang untuk mengembangkan perniagaannya memasarkan pakaian muslimah ke seluruh Malaysia dan kemudian ke negara jiran serta berhasrat untuk membuka kilang sendiri kelak.

Sungguh tabah dan dedikasi anak muda ini. Semoga tercapai impiannya. Jadikan kisah Siti Hajar sebagai sumber inspirasi untuk terus tabah dan berusaha bukan sahaja dalam perniagaan malah dalam kehidupan.

Baca: Daripada Tukang Cuci Kepada Peguam. Kisah Lelaki Ini Beri Inspirasi Buat Ramai Orang

Sh5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.